Kenapa Perlu Ada Wasiat Pentadbiran?

Picture of Eko Salina Kasman

Eko Salina Kasman

Bachelor Degree in Finance, Shariah Registered Financial Planner, FPR (Securities Commission), Financial Adviser, FAR (BNM). Beliau juga merupakan perunding sepenuh masa dan penceramah bertauliah dalam bidang pewarisan harta Islam di Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2018.

Apa itu wasiat pentadbiran? Bagaimana ianya membantu mempermudahkan urusan pembahagian pusaka? Di sini kami kongsikan kenapa anda perlu ada wasiat pentadbiran sebelum meninggal dunia.

Table of Contents

wasiat pentadbiran

Kelebihan Sediakan Wasiat Pentadbiran

Semasa hidup, kita boleh membuat wasiat pentadbiran iaitu melantik wasi yang dipercayai dan bertanggungjawab di dalam urus tadbir pusaka kita nanti.

Kita boleh melantik pentadbir seperti peguam, Syarikat Amanah atau mana-mana individu yang kita percaya.

Pengurusan Pusaka Lebih Teratur

Jika semasa hidup kita tidak membuat wasiat pentadbiran, waris-waris kita sendiri yang terpaksa menentukan siapa dikalangan mereka yang layak menjadi pentadbir harta pusaka.

Pernah berlaku satu kes, si mati meninggalkan 2 orang anak perempuan sekitar umur 20 tahun dan seorang anak lelaki yang masih di bawah umur 18 tahun.

Harta yang ditinggalkan hanyalah sebuah rumah dan sedikit wang kurang dari RM10 ribu. Pak Long mereka telah melantik dirinya sendiri sebagai pentadbir.

Dalam masa yang sama Pak Long telah menggunakan duit yang ditinggalkan untuk membeli seekor lembu dengan alasan untuk buat kenduri tahlil arwah.

Jika kita berada di tempat si mati, agak-agak kita bersetuju tak dengan tindakan Pak Long?

Percepat Urusan Pembahagian Pusaka

Setelah Geran Probet diperolehi, wasi yang dilantik boleh terus mencairkan harta pusaka kita untuk melangsaikan hutang-hutang dan membahagikan harta pusaka kepada waris-waris kita yang lain TANPA perlu lagi perintah pembahagian harta pusaka

Sudah pasti dapat melegakan hati waris-waris kita apabila dapat gunakan harta yang kita tinggalkan untuk melunaskan hutang kita dengan cepat. Apabila urusan hutang piutang kita di selesaikan dengan cepat, Insya-Allah urusan kita di akhirat nanti Allah akan permudahkan.

Mudahkan Waris Bermuafakat

Mahkamah Tinggi Sivil boleh mengeluarkan Geran Probet dan waris lain tidak boleh mencabar kelayakan wasi yang telah dilantik untuk urus tadbir harta yang ditinggalkan oleh si mati. Hal ini boleh elak daripada waris yang tidak bermuafakat.


Sedangkan semasa hidup pun ada dikalangan kita yang berebut dan tidak bertegur sapa disebabkan harta. Apatah lagi bila kita sudah tiada lagi, sudah pasti kita tidak mahu waris-waris berbalah dengan harta yang ditinggalkan.

Sesungguhnya salah satu fitnah yang banyak menimpa manusia adalah ujian terhadap harta.

Tidak Perlu Penjamin Bagi Urusan Bicara Mahkamah

Mengikut Akta Probet dan Pentadbiran 1959, jika tiada wasiat pentadbiran dibuat (melantik wasi) semasa hidup pihak Mahkamah memerlukan pemohon menyediakan dua (2) orang penjamin dan bon jaminan yang jumlahnya sama dengan nilai harta pusaka kepada mahkamah bagi jumlah harta pusaka yang melebihi nilai RM50,000.


Bayangkanlah semasa hidup pun susah untuk mendapatkan penjamin, agak-agak ada tak orang sanggup menjadi penjamin bila kita sudah tiada nanti?

Disebabkan oleh ketiadaan penjamin, waris perlu melalui prosedur lain dan perlu mengeluarkan sedikit kos untuk mendapatkan pengecualian bon penjamin.

Ini menyebabkan proses tuntutan pusaka akan melalui proses yang panjang berbanding ada wasiat pentadbiran.

Mudahkan Urusan Waris Bawah 18 Tahun

Pentadbir yang dilantik boleh memegang harta bagi pihak anak bawah umur dan bukan dipegang oleh pihak ketiga.

Jika ada waris bawah 18 tahun, sebenarnya lebih mudah apabila diurus oleh pemegang amanah/pentadbir yang telah dilantik.

Terutama sekali balu-balu yang kematian suami dan mempunyai anak yang masih kecil.

Kesimpulan

Oleh itu, menjadi satu keperluan pemilik harta untuk membuat dokumen wasiat pentadbiran. Mengapa pula hendak biarkan orang lain membuat keputusan untuk keluarga kita?

Bertindaklah sekarang sewaktu kita masih bernafas dan sihat.

Dalam keadaan ini, kita mampu dan berhak untuk menentukan siapa yang layak mentadbir pusaka yang akan ditinggalkan dan bagaimana harta pusaka kita diagihkan mengikut hasrat yang diingini.

Ilmu Pewarisan Harta

Pusaka Kematian Berlapis

Pusaka Kematian Berlapis Jangan sengaja menangguhkan pengurusan pusaka apabila berlaku kematian. Lebih rumit dan sukar hendak menguruskan pusaka kematian berlapis.

Read More »
Ilmu Pewarisan Harta

Tanggungjawab Terhadap Anak Yatim

Tanggungjawab Terhadap Anak Yatim Setelah si ayah meninggal dunia, siapa sebenarnya yang menggalas tanggungjawab terhadap anak yatim tersebut? Adakah ibu

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com