Siapakah war1s dalam pembahagian faraid jika isteri meninggal dunia?

Ramai pembaca yang maklumkan kepada saya, bila baca tentang pembahagian faraid, selalu cerita tentang kes kematian suami saja, maca mana pula kalau isteri yang meninggal dunia? macam mana pembahagian harta untuk isteri?

Soalan:

Syahirah (isteri) meninggal dunia dan meninggalkan seorang suami, nenek sebelah bapa, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Siapakah waris dalam pembahagian faraid isteri meninggal?

Jawapan:

Untuk soalan ini, waris Syahirah adalah suami, nenek, anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

Jom kita tengok penerangan lanjut untuk situasi ini.

 

Kira-kira/ Kalkulator Faraid

Kita andaikan harta pusaka yang ditinggalkan oleh Syahirah berjumlah RM 400,000 sebab dia ada rumah, kereta, perhiasan dan sedikit simpanan. Maka bahagian yang akan diterima oleh waris adalah seperti nilai di bawah:

 

pembahagian-faraid-isteri-meninggal

Eh, nenek pun dapat dalam pembahagian faraid?

Bukankah anak lelaki penghabis bahagian faraid si mati?

Ya, nenek juga termasuk dalam kategori waris ashab al-furud dan layak mendapat bahagian sekiranya si mati tiada ibu dan bapa.

Dalam pewarisan, nenek layak mendapat bahagian 1/6 sekiranya si mati tiada ibu. Nenek hanya akan dihijab (didinding) daripada mendapat bahagian pusaka sekiranya :

  1. Semua nenek sama ada ibu kepada ibu atau ibu kepada bapa dihijab jika si mati ada ibu
  2. Ibu kepada bapa dihijab jika si mati ada bapa

Kewujudan anak lelaki tidak boleh menghalang nenek atau datuk daripada mendapat bahagian pusaka.

Keseimpulannya dalam kes ini, walaupun Syahirah mempunyai anak lelaki, nenek (ibu kepada bapa) tetap layak mewarisi pusaka yang ditinggalkan kerana si mati tidak mempunyai ibu dan bapa.

Persoalan seterusnya, siapa pula waris faraid kita?

Klik gambar dibawah untuk sebarang pertanyaan.

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

4 thoughts on “Siapakah war1s dalam pembahagian faraid jika isteri meninggal dunia?”

  1. Assalamualaikum,
    Bagaimanapula kiraan/ pecahan si mati yang meninggalkan suami, ibu dan seorang anak lelaki.
    Terima kasih

    1. Waalaikumussalam, untuk pecahan yang meninggalkan suami, ibu dan anak lelaki.

      Suami dapat 1/4 disebabkan arwah ada anak.
      Ibu dapat 1/6 disebabkan arwah ada anak.
      Anak lelaki dapat asobah yang mana dalam situasi ini dia dapat baki harta.

      Selepas pengiraan:

      Suami dapat 3/12.
      Ibu dapat 2/12.
      Anak lelaki dapat 7/12.

  2. Salam puan bolehkah tolong buat pengiraan utk saya.

    Situasi pertama: (dri bahagian ibu)
    Sekiranya ibu meninggal dan bapa (suami perkahwinan kedua) masih hidup

    Aset sendiri (bukan sepencarian): rm1 juta

    (1 anak lelaki, suami 1)
    ( 4 ank perempuan, suami 2)
    (Nenek, atuk dh meninggal)

    Situasi kedua: (dri bahagian bapa)
    Sekiranya bapa meninggal, ibu masih hidup

    Aset sendiri (bukan sepencarian): rm250k

    (1 anak tiri lelaki, drpd pernikahan pertama isteri)
    ( 4 anak perempuan kandung)
    (Nenek masih hidup)
    (Adik beradik, termasuk bapa saya, 3 lelaki, 4 perempuan) (setiap keluarga adik beradik ada ank lelaki, sepupu saya)

    Mcmmna pengiraannya ya?

    Ibu bapa saya percayakan saya sbb saya pernah belajar syariah islamiah namun bila saya smbung belajar bukan ke bidang tersebut, ilmunya sudah berdebu, mohon pencerahan puan kerana bnyk dapst membantu keluarga saya.

    Tambahan sekiranya ibu bapa saya buat wasiat bagaimana tatacaranya dan kos peguam

    1. Waalaikumusalam, untuk menjawab persoalan puan Fara,

      Untuk situasi pertama:

      Suami arwah dapat 1/4 dan anak-anak dapat asobah dengan nisbah 2:1. Setelah pengiraan dengan waris yang diberikan:

      Suami dapat 2/8 dengan nilai RM250,000.
      Anak lelaki dapat 2/8 dengan nilai RM250,000.
      Anak perempuan dapat 1/8 seorang dengan nilai RM125,000

      Untuk situasi kedua:

      Isteri arwah dapat 1/8, ibu dapat 1/6, anak perempuan dapat 2/3 dan adik beradik lelaki perempuan seibu sebapa dapat asobah dengan nisbah 2:1. Setelah pengiraan, waris dapat bahagian seperti berikut:

      Ibu dapat 32/192 dengan nilai RM41,666.67.
      Isteri dapat 24/192 dengan nilai RM31,250.00.
      Anak perempuan dapat 32/192 seorang dengan nilai RM41,666.67.
      Adik beradik lelaki seibu sebapa dapat RM2,604.17.
      Adik beradik perempuan seibu sebapa dapat RM1,302.08.

      Untuk membuat wasiat, puan boleh hubungi kami. Kami menyediakan perkhidmatan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top