Perkara yang menjadi pertikaian utama dalam tuntutan harta sepencarian adalah kadar bahagian masing-masing samada banyak atau sedikit.
Kadar pembahagian adalah berdasarkan kepada takat sumbangan yang telah diberikan oleh satu-satu pihak itu, dan ia juga akan ditentukan oleh mahkamah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:
a. takat sumbangan yang telah dibuat oleh pihak-pihak dalam bentuk wang, harta atau kerja dalam memperolehi harta tersebut;
b. apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat kebaikan mereka bersama (usaha bersama sahaja);
c. keperluan anak-anak yang belum dewasa dalam perkahwinan itu.
Contoh Panduan Pembahagian Harta Sepencarian
Situasi 1:
Jika isteri tidak bekerja, yang taat dan memelihara rumahtangga dengan baik, menjaga makan minum suami dan anak-anak, tetapi tidak pergi menemani suami dalam urusan mencari rezeki, bolehlah diberikan hak harta sepencarian sebanyak 25% atau 1/4.
Situasi 2 :
Jika isteri seperti contoh keadaan 1 tetapi sentiasa menemani suami ke mana sahaja dalam usaha suami memperolehi harta dan sentiasa memberi dorongan dan semangat, bolehlah diberi hak harta sepencarian sebanyak 33.33% atau 1/3.
Situasi 3:
Jika isteri tidak bekerja tetapi banyak memberikan sumbangan langsung seperti menggunakan pengaruh bapanya yang ternama atau mengisi borang permohonan, menyerahkan kepada pemaju, membuat tindakan-tindakan susulan dan berusaha mendapatkan peguamcara bagi suami memperolehi harta sepencarian tersebut, maka sumbangannya yang tidak langsung sebagai isteri yang taat dan sentiasa menjaga keluarga dicampur dengan sumbangan langsung tersebut, bolehlah diberikan hak harta sepencarian sebanyak 40% ke 45%.
Situasi 4:
Jika isteri bekerja dan banyak memberi sumbangan langsung seperti membayar separuh dari ansuran bulanan, juga membayar deposit, dan namanya juga termasuk dalam perjanjian jual beli bagi memperolehi harta sepencarian tersebut, maka sumbangannya yang tidak langsung sebagai isteri yang taat dan sentiasa menjaga keluarga dicampur dengan sumbangan langsung tersebut, maka bolehlah diberikan hak harta sepencarian sebanyak 50% atau pun lebih jika didapati sumbangan langsungnya banyak berbanding dengan suaminya.
Link Posting Lepas:
Siri 1: https://www.facebook.com/903477329720064/posts/3461501187250986
Siri 2: https://www.facebook.com/903477329720064/posts/3483336845067420
Siri 3: https://www.facebook.com/903477329720064/posts/3508120845922353
Siri 5: Prosedur Tuntutan di Mahkamah
Rujukan:
1. Kertas Kerja 8: Klasifikasi, Prosedur dan Pelaksanaan di Mahkamah Syariah di Malaysia oleh Dato Haji Abdul Walid bin Abu Hassan, Penasihat Pembangunan Dasar dan Pengurusan Syariah (Pakar Rujuk) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
2. Jabatan Bantuan Guaman
Bekas suami saya membeli kereta terpakai. Lalu bekas suami saya hanya meletakkan nama dia sahaja d borang penjanjian tersebut . Boleh kah saya sebagai seorang bekas isteri menuntut kereta tersebut . Kerana saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa
Semua aset semasa dalam perkahwinan. Nama orang lain . Tapi dalam surat perjanjian nama bekas suami saja yang ada . Bolehkah saya menuntut harta sepencarian?
Untuk menjawab soalan ini, sekiranya puan dapat buktikan kepada mahkamah bahawa puan mempunyai sumbangan terhadap tersebut, maka hakim akan membuat keputusan yang sepatutnya.
Namun, isu yang sangat penting adalah kerjasama orang yang diberi pinjam nama kerana dari segi undang-undang, dia dikira pemilik. Oleh itu, dinasihatkan supaya puan merujuk kepada peguam syafie berkenaan hal ini.