Hati-Hati Lantik Anak Sebagai Pentadbir Harta

Picture of Eko Salina Kasman

Eko Salina Kasman

Bachelor Degree in Finance, Shariah Registered Financial Planner, FPR (Securities Commission), Financial Adviser, FAR (BNM). Beliau juga merupakan perunding sepenuh masa dan penceramah bertauliah dalam bidang pewarisan harta Islam di Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2018.

Masih ada yang beranggapan bahawa kita perlu lantik anak sebagai pentadbir harta, terutama dari kalangan anak lelaki si pemilik harta atau si arwah. 

Namun, dalam kebanyakan kes pusaka dan pembahagian faraid, anak-anak tidak arif dalam bidang ini menyebabkan proses pengurusan harta pusaka tak selesai dan berlarutan lamanya.

Pentadbir harta atau wasi boleh dilantik dari kalangan waris-waris, individu luar yang dipercayai atau pun Syarikat Amanah. 

Table of Contents

Tanggungjawab Pentadbir Harta

1. Pengebumian dan pengurusan jenazah.

Wasi/Pentadbir perlu menjelaskan segala belanja pengebumian dan pengurusan jenazah si mati menggunakan harta pusaka si arwah.

2. Melangsaikan hutang si mati

Wasi/Pentadbir perlu melangsaikan hutang yang ditinggalkan dengan menggunakan duit pusaka.  

Hutang ini termasuk hutang dengan individu, organisasi mahu pun berhutang dengan Allah S.W.T.  Sebagai contoh hutang fidyah dan apa-apa bentuk zakat yang masih belum dilunaskan lagi.

3. Memungut Hutang Si Mati

Wasi/Pentadbir perlulah memungut hutang-hutang yang masih belum dibayar ketika hayat si mati.  

Hutang-hutang yang dipungut hendaklah dikumpulkan dengan harta pusaka yang lain dan diuruskan mengikut hukum syarak.

4. Mengumpulkan Harta Pusaka

Wasi dan Pemegang Amanah hendaklah mengumpulkan kesemua harta pusaka dengan menyenaraikan harta yang ditinggalkan dan mengumpulkan dokumen seperti geran atau perjanjian jual beli hartanah, sijil saham dan lain-lain lagi.

5. Menjaga harta pusaka yang berbentuk amanah

Pemegang Amanah bertanggungjawab di atas harta yang telah diamanahkan seperti bahagian waris yang bawah umur dan bahagian waris yang tidak sempurna akalnya.

6. Mengagihkan harta kepada waris yang tidak dapat hadir

Sekiranya terdapat waris yang tidak dapat hadir semasa proses pembahagian harta pusaka dibuat, Wasi atau Pemegang Amanah hendaklah memegang harta secara amanah mengikut jumlah bahagian faraid yang telah ditetapkan bagi tempoh yang difikirkan sesuai.

7. Pentadbiran Harta Pusaka

Wasi bertanggungjawab untuk uruskan harta pusaka si mati sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil dan Wasi perlu menjelaskan kos pengurusan pusaka dari harta pusaka si mati.

Apabila aset telah dicairkan, kos tadi perlu ditolak dari pusaka si mati sebelum diagihkan mengikut pembahagian faraid.

pentadbir harta

Sekiranya Pentadbir/Wasi gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Wasi dan tidak mengagihkan wang yang diterima kepada waris yang sah, waris-waris boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap Wasi/Pentadbir untuk menuntut wang tersebut atas kegagalannya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 

Perlukah Lantik Pentadbir Harta?

Tidak perlu lantik jika:
  1. Ada waris yang boleh tolong uruskan pusaka selepas kematian.
  2. Ada anak lelaki dan perempuan umur bawah 18 tahun. Faraid tidak kritikal.
  3. Harta tak banyak. Adalah sebiji rumah sahaja.
 
Namun, tahukah anda bahawa:
  1. Ramai waris tidak tahu bagaimana nak urus tadbir pusaka si mati kerana kurang pengetahuan dari segi undang-undang dan hukum menguruskan harta pusaka.
  2. Jika si bapa tidak melantik penjaga harta anak bawah umur 18 tahun semasa hidup, apabila suami meninggal dunia, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur.
  3. Disebabkan sebiji rumah, ada waris yang bertolak-tolak untuk tentukan siapa yang layak mentadbir pusaka. Sudahnya tidak diuruskan kerana sibuk dengan urusan masing-masing atau pun waris tidak mahu tanggung kos pengurusan pusaka.

 

Oleh itu, amat penting pemilik harta melantik Wasi semasa hidup. Hal ini kerana, pemilik harta tahu siapakah orang yang dipercayai untuk menjalankan tugas sebagai Wasi. 

Pemilik harta juga perlu memastikan Wasi yang dilantik akan dibantu sepenuhnya oleh pihak ketiga yang profesional dan berpengalaman dalam urusan Pengurusan Pusaka agar Wasi dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah sebaiknya. 

Walaupun kos untuk menyediakan dokumen perlantikan wasi/pentadbir tidak mahal, ramai yang masih ambil sikap yang suka bertangguh atau tidak ambil endah. Sikap pemilik harta tidak rancang harta semasa hidup boleh menyebabkan tuntutan harta pusaka makan masa yang lama untuk selesai.

Hal peninggalan pusaka ini melibatkan emosi, malah boleh menyebabkan terputusnya silaturahim sesama keluarga, hutang yang tidak dapat diselesaikan dan 1001 masalah yang akan berlaku.

Harta yang diuruskan dengan baik dan dapat dimanfaatkan selepas kematian, tanpa anda sedari akan menjadi ladang pahala anda di akhirat nanti. Dengan tindakan kecil yang anda lakukan sekarang, impaknya sangat besar apabila anda sudah tiada nanti.

Ilmu Pewarisan Harta

Cara Isi Borang DDA

Cara Isi Borang DDA Apabila kita tidak dapat hadir ke sesi perbicaraan di Pejabat Pusaka Kecil, kita perlu isi Borang

Read More »
rukun dan syarat wasiat
Ilmu Pewarisan Harta

Rukun dan Syarat Wasiat

Rukun dan Syarat Wasiat Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *