Siapa Perlu Ada Wasiat Pentadbiran?
Nur Ain Zafirah Akib
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Terdapat pelbagai sebab kenapa seseorang itu perlu membuat wasiat pentadbiran. Disini kami kongsikan beberapa sebab kenapa anda perlu membuat wasiat pentadbiran.
Table of Contents
Golongan Yang Perlu Ada Wasiat Pentadbiran
1. Waris tidak muafakat
Selepas berlaku kematian, salah satu masalah yang kerap dihadapi oleh waris adalah melantik pentadbir yang akan uruskan pusaka si mati. Siapa yang akan failkan permohonan? Siapa yang nak keluarkan kos terlebih dahulu?
Kalau kita melantik pentadbir, masalah ini dapat dielakkan dan urusan pusaka akan lebih mudah.
2. Individu yang memiliki aset melebihi RM 5 juta.
Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, jika tiada wasiat pentadbiran dibuat semasa hidup, maka pihak mahkamah memerlukan pemohon (waris) menyediakan dua orang penjamin yang jumlah hartanya sama nilai harta pusaka kita.
Kalau kita buat wasiat pentadbiran semasa hidup, waris tidak perlu bersusah-payah mencari penjamin dan serahkan bon jaminan kepada Mahkamah Tinggi Sivil.
3. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun
Ibu bukan penjaga harta kepada anak bawah umur. Kalau suami meninggal dunia dan ada anak bawah umur, boleh jadi balu yang ditinggalkan tidak dapat menggunakan harta pusaka tersebut untuk besarkan anak-anak.
Kalau kita lantik isteri sebagai pentadbir, isteri boleh menguruskan pusaka yang ditinggalkan sekaligus menjadi penjaga harta kepada anak-anak bawah umur. Harta yang ditinggalkan itu juga boleh digunakan untuk besarkan anak-anak.
Kelebihan Sediakan Wasiat Pentadbiran
Semasa hidup, kita boleh membuat wasiat pentadbiran iaitu melantik wasi yang dipercayai dan bertanggungjawab di dalam urus tadbir pusaka kita nanti.
Kita boleh melantik pentadbir seperti peguam, Syarikat Amanah atau mana-mana individu yang kita percaya.
Kesimpulan
Adakah anda termasuk dalam golongan ini?
Kalau ya, lantiklah pentadbir dalam kalangan ahli waris yang dipercayai dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan.
Bertindaklah untuk mereka yang tersayang.

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna
