
Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin
Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin Ramai yang fikir, perancangan harta individu tidak berkahwin adalah tidak penting. Tapi realitinya, mereka mungkin antara
Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Secara umumnya, wasiat terbahagi kepada dua iaitu wasiat pentadbiran dan wasiat pembahagian. Jangan salah faham fungsi kedua-dua dokumen wasiat ini.
Wasiat pentadbiran adalah satu dokumen yang mana pemilik harta melantik wasi atau pentadbir untuk bantu dalam urus tadbir pusaka selepas kematian.
Pemilik harta boleh melantik orang yang di percaya untuk melaksanakan amanah-amanah yang si mati telah tanggungjawabkan termasuklah membuat tuntutan pusaka, menyelesaikan hutang-hutang si mati, membahagikan harta pusaka kepada waris-waris serta tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran harta pusaka si mati.
Wasiat pembahagian harta pula adalah satu bentuk pemberian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris. Wasiat ini dilaksanakan untuk tujuan amal jariah kepada individu atau badan-badan tertentu seperti pemberian kepada anak angkat, maahad tahfiz, ataupun rumah anak yatim.
Contohnya, kita menyatakan hasrat sebelum kematian kita mewasiatkan 1/3 daripada harta pusaka kepada anak angkat atau mewasiatkan tanah kurang 1/3 daripada harta kepada pusat tahfiz. Wasiat ini boleh dilaksanakan selepas kematian pemberi wasiat.
Antara syarat utama pelaksanaan wasiat pembahagian adalah, wasiat tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka yang si mati tinggalkan dan wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris contohnya kepada ibu atau bapa, suami atau isteri, mahupun kepada anak-anak.
Jika wasiat yang dibuat tidak mengikut syarat di atas, pelaksanaan wasiat perlulah mendapat persetujuan daripada semua waris, sekiranya ada waris yang tidak bersetuju maka pembahagian harta pusaka wajib mengikut faraid.
Disyaratkan qabd iaitu bukti pemberian hibah daripada pemilik kepada penerima.
Hibah boleh diberikan kepada sesiapa yang kita kehendaki dan harta yang dihibahkan terkeluar daripada faraid.
Jangan terkeliru tentang fungsi hibah dan wasiat. Kedua-duanya memainkan peranan berbeza dalam urusan pewarisan harta pusaka dan saling melengkapi. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin Ramai yang fikir, perancangan harta individu tidak berkahwin adalah tidak penting. Tapi realitinya, mereka mungkin antara

Bersiap Untuk Haji dan Amanah Yang Kita Tinggalkan Tahniah kepada semua bakal dhuyufurrahman yang terpilih menunaikan Haji 1446H. Semoga Allah

Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich Generasi Sandwich: anda ialah tulang belakang antara dua generasi, menanggung ibu bapa yang semakin uzur,

Menuju Haji: Persiapan Bukan Sekadar Fizikal, Tetapi Amanah Haji bukan sekadar perjalanan ke Makkah. Ia adalah panggilan jiwa, perjalanan hati,
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami