Menuju Haji: Persiapan Bukan Sekadar Fizikal, Tetapi Amanah

Picture of Umi Khlsom

Umi Khlsom

Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Haji bukan sekadar perjalanan ke Makkah. Ia adalah panggilan jiwa, perjalanan hati, dan tanda kasih Allah yang memilih kita.

Table of Contents

Pengenalan

Bila kita mengucapkan:
“Labbaik Allahumma Labbaik…”

kita menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah.

Tetapi…

sudahkah kita bersedia dengan amanah dunia kita? 

Perkara Yang Perlu Disediakan

  • Sudahkah kita menulis wasiat?
  • Sudahkah kita membuat perancangan harta untuk keluarga yang kita tinggalkan?
  • Sudahkah kita pastikan rezeki yang kita cari bertahun-tahun akan mengalir dengan berkat, bukan beban?

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak sepatutnya seorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan, bermalam dua malam melainkan wasiatnya telah ditulis di sisinya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Bersihkan hati untuk Haji.
  • Sempurnakan amanah untuk dunia.

Perjalanan ini bukan sahaja membawa kita ke Baitullah, tetapi juga membuka pintu-pintu kebaikan untuk selepas kita kembali kepada-Nya.

Kesimpulan

Jika anda sedang bersiap untuk Haji, atau terasa hatinya tergerak hari ini, mungkin ini saat terbaik untuk mengatur dunia sebelum melangkah ke akhirat.