25 Golongan Ahli Waris yang Layak Terima Pembahagian Faraid

25 Golongan Waris yang Layak Terima Pembahagian Faraid

Picture of Umi Khlsom

Umi Khlsom

Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Tahukah anda terdapat 25 golongan waris yang layak terima pembahagian faraid? Kenal pasti waris anda supaya urusan pembahagian faraid menjadi lebih jelas dan adil.

Table of Contents

Waris Lelaki Yang Layak Terima Pembahagian Faraid

  • Pertama, anak lelaki (الابن). Anak lelaki yang di maksudkan di sini adalah anak lelaki kandung, bukan anak tiri, anak angkat ataupun anak susuan.
  • Kedua, cucu lelaki (ابن الابن), perlu difahami bahawa cucu atau cicit lelaki di sini adalah cucu lelaki yang berasal daripada anak lelaki, bukan cucu atau cicit daripada anak perempuan.
  • Ketiga, bapa (الأب), bapa yang dimaksudkan di sini adalah bapa kandung, bukan bapa tiri ataupun bapa angkat .
  • Keempat, datuk (الجد), datuk di sini adalah bapa kepada bapa kita, bapa kepada ibu kita tidak dikira sebagai ahli waris.
  • Kelima, saudara seibu sebapa (الأخ الشقيق)
  • Keenam, saudara lelaki sebapa (الأخ للأب) Saudara lelaki daripada bapa yang sama tetapi ibu yang berlainan sama ada bapa berpoligami atau bapa bercerai dengan ibu dan berkahwin dengan wanita lain.
  • Ketujuh, saudara lelaki seibu (الأخ للأم) ini bermaksud saudara lelaki daripada ibu yang sama tetapi berbeza bapa. Contohnya, ibu dan bapa bercerai dan ibu berkahwin lain dan dikurniakan anak keturunan. Anak tersebut dikategorikan sebagai saudara seibu.
  • Kelapan, anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa (ابن الأخ الشقيق), iaitu anak lelaki kepada abang atau adik lelaki seibu sebapa atau dalam bahasa mudahnya anak saudara kita.
  • Kesembilan, anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa (ابن الأخ للأب) iaitu anak lelaki kepada abang atau adik lelaki seibu sebapa atau anak saudara kita.
  • Kesepuluh, bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (العم الشقيق) iaitu saudara lelaki seibu sebapa kepada bapa si mati
  • Kesebelas, bapa saudara sebelah bapa sebapa (العم للأب) iaitu saudara lelaki sebapa kepada bapa si mati
  • Kedua belas, anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (ابن العم الشقيق), iaitu sepupu lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa kepada bapa si mati.
  • Ketiga belas, anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa sebapa (ابن العم للأب), iaitu sepupu lelaki daripada saudara lelaki  sebapa kepada bapa si mati.
  • Keempat belas, suami (الزوج)
  • Kelima belas, tuan yang memerdekakan hambanya (المعتق)
layak terima pembahagian faraid

Dalam pewarisan harta Islam, 25 golongan yang layak menerima pembahagian harta mengikut faraid terdiri daripada 15 orang lelaki dan 10 orang waris perempuan.

Waris Perempuan Yang Layak Terima Pembahagian Faraid

  • Pertama, anak perempuan (البنت). Iaitu anak perempuan kandung.
  • Kedua, cucu perempuan (بنت الابن), iaitu anak perempuan kepada anak lelaki, cucu perempuan daripada anak perempuan bukan tidak layak mewarisi pusaka datuk atau neneknya.
  • Ketiga, ibu (الأم) di sini pun yang dimaksud ibu adalah ibu kandung dan bukan yang lain.
  • Keempat, nenek sebelah ibu (الجدة), iaitu ibu kepada ibu kandung si mati.
  • Kelima, nenek sebelah bapa (الجدة) iaitu ibu kepada bapa kandung si mati.
  • Keenam, saudara perempuan seibu sebapa (الأخت الشقيقة)
  • Ketujuh, saudara perempuan sebapa (الأخ للأب)
  • Kelapan, saudara perempuan seibu (الأخت للأم)
  • Kesembilan, istri (الزوجة)
  • Kesepuluh, tuan yang memerdekakan hambanya (المعتقة)

Kesimpulan

Kita sebagai umat Islam perlu mengenal pasti dan faham siapakah waris-waris yang layak terima pembahagian faraid. Ini supaya urusan pembahagian faraid berlaku dengan adil dan tidak berlaku rampasan hak orang lain.

Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top