Terbaca komen beberapa orang kawan mengenai penama KWSP. Katanya KWSP 100% milik isteri dalam pembahagian faraid kerana penama telah diletakkan di atas nama isteri. Tujuan utama adalah wang tersebut boleh digunakan untuk menyara isteri dan anak-anak ketika suami telah tiada nanti.
Persoalannya adakah tanggapan tersebut benar?
Adakah penama KWSP untuk orang Islam adalah penerima mutlak tanpa perlu dibahagikan mengikut faraid?
Sebelum itu, mari kita teliti dulu apakah maksud sebenar penama dalam pembahagian faraid.
Penamaan adalah satu pengisytiharan bertulis yang di buat oleh ahli bagi melantik atau menamakan individu yang akan bertindak sebagai pemegang amanah ke atas wang simpanan apabila ahli KWSP meninggal dunia.
Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada penama untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Jika ahli melantik penama semasa hidup, penama boleh mengeluarkan wang simpanan dengan mudah dan waris boleh manfaatkan wang tersebut untuk kelangsungan hidup sementara menunggu Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.
Kebanyakan orang Islam beranggapan penama KWSP adalah pemilik mutlak harta tersebut. Tetapi sebenarnya penama cuma berfungsi sebagai pemegang Amanah sahaja. Dengan kata lain, ada waris-waris lain yang juga berhak terhadap duit KWSP tersebut.
Contohnya Amir meninggal dunia. KWSP Amir ada RM700,000. Waris faraid Amir adalah ibu, bapa, isteri, anak lelaki & anak perempuan.
Maka pembahagian faraid adalah seperti berikut:
Seperti mana anda boleh lihat gambarajah dibawah, prosedur untuk pencairan aset sangat panjang dan boleh jadi rumit.
Berbalik kepada contoh kes arwah Amir, wang KWSP tersebut akan dimasukkan kedalam akaun Isteri Amir yang merupakan sebagai penama.
Isteri Amir sebagai pemegang amanah perlu mengagihkan wang tersebut kepada ibu dan bapa mertua. Manakala untuk anak-anaknya pula, Isteri Amir tidak boleh menggunakan wang tersebut sesuka hatinya tanpa izin anak-anaknya.
Dari segi faraid isteri Amir mendapat bahagian paling kecil.
Bagaimana beliau mahu menyara anak-anaknya sedangkan beliau menerima bahagian terkecil?
Islam itu adil dan tidak menyusahkan.
Isteri Amir tidak perlu menyara anak-anaknya sebab itu bukan tanggungjawab beliau. Apa yang beliau dapat adalah bersih untuk dirinya sahaja. Tanggungjawab tersebut jatuh kepada bapa Amir dan jika bapa Amir telah tiada dan anak lelaki tersebut telah besar, beliau bertanggungjawab menjaga ibunya sendiri. Tetapi kebanyakan orang MELAYU, mereka hanya tahu mengambil FARAID tetapi tidak mengambil tanggungjawab yang diamanahkan.
Betulkan?
Teringat kisah seorang sahabat saya.
Ayahnya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Tinggallah dia bersama ibu dan abangnya.
Ayah beliau meletakan nenek sebagai penama. Nenek mengambil semua wang KWSP tanpa memberi sesen pun kepada mereka. Nenek berkata duit tersebut adalah hak mutlak beliau sebab beliau adalah penama.
Tetapi nenek terlupa hak menantu dan anak2 yatim dalam KWSP tersebut.
Apa hukum memakan harta anak yatim?
Apa hukum mengambil hak waris lain?
Adakah menantu dan cucu-cuci tadi redha terhadap hak mereka yang diambil oleh nenek secara tamak haloba?
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). [An-Nisa/4:10]
Sahabat saya bersama ibu dan abangnya hidup susah.
Ibu mereka terpaksa berkerja keras untuk memastikan anak2nya hidup dengan sempurna. Malah mereka sendiri terpaksa bekerja untuk meringankan beban si Ibu.
Dendam terhadap nenek?
Mungkin ada sedikit sebab sehingga sekarang mereka tidak mahu menjenguk nenek yang telah tua dan sakit.
Sebaik2nya, sebagai orang Islam kita perlu merancang harta kita dengan sebaiknya supaya harta tersebut memberi manafaat kepada kita walaupun kita telah tiada nanti.
Dan permohonan simpanan melebihi RM 25,000, baki simpanan akan dibayar selepas mendapatkan surat kuasa mentadbir.
Sekarang dah jelaskan tentang salah faham penama KWSP?
Masih perlukan bantuan? Jangan risau, anda boleh hubungi tim Puan Umi dengan klik gambar dibawah ini.
WhatsApp kami