Siapa Yang Layak Urus Harta Anak Yatim?
Siapa Yang Layak Urus Harta Anak Yatim? Seringkali apabila berlaku kematian si bapa, ibu yang akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak
Anak kelahiran Selangor ini merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Komputer) dan telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Perisian pada tahun 2004. Namun, beliau kini merupakan perunding sepenuh masa dan penceramah bertauliah dalam bidang pewarisan harta Islam di Wasiyyah Shoppe sejak tahun 2016.
Setelah si ayah meninggal dunia, siapa sebenarnya yang menggalas tanggungjawab terhadap anak yatim tersebut? Adakah ibu kandungnya? Datuk sebelah ayah? Di sini kami kongsikan jawapannya.
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”.
(Riwayat Muslim no. 2983).
Di dalam Bahasa Arab, terdapat istilah yang khusus untuk menamakan anak yatim. Al-Yatim (الْيَتِيمُ) dari sudut bahasa membawa maksud tunggal, bersendiri.
Telah berkata Ibn al-Sikkit: “Al-Yatim pada manusia adalah mereka yang kehilangan bapa manakala pada binatang pula adalah kehilangan ibu. Tidak dipanggil seseorang yang kehilangan ibu dengan al-Yatim”.[1]
Berkata Ibn Barriy pula: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ) bagi kematian ibu manakala al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya”.[2]
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, yatim membawa maksud anak yang kematian ibu atau bapanya. Sekiranya seorang anak itu kematian ibu dan ayahnya, ia dinamakan sebagai yatim piatu.[3]
Islam melihat bahawa anak yatim itu adalah mereka yang kematian bapa dan belum mencapai umur baligh.
Ini dijelaskan sendiri oleh Nabi SAW yang mana telah bersabda:
لاَ يُتْمَ بَعْدَ احْتِلاَمٍ
Maksudnya: Tidak ada keyatiman setelah baligh
Riwayat Abu Daud (2873). Dinilai Sahih oleh Al-Albaani
Hadith di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa yang dinamakan anak yatim itu adalah mereka yang kehilangan bapa dan belum mencapai umur baligh. Sekiranya telah mencapai umur baligh, maka penggunaan istilah yatim tidak digunakan kepada mereka[4].
Oleh itu, seseorang yang umurnya 20-an meskipun telah kematian kedua ibu-bapanya tidak dinamakan dengan anak yatim kerana telah sampai umur baligh.
Memang benar, harta yang ditinggalkan oleh suami ada bahagian waris faraid yang berhak. Apatah lagi jika ibu dan ayah si mati masih hidup lagi.
Menurut hukum fiqh, sumber nafkah bagi anak yatim adalah daripada harta yang ditinggalkan oleh ibu atau bapanya yang telah meninggal dunia. Anak-anak merupakan antara waris utama yang layak menerima pembahagian faraid meskipun mereka masih kecil.
Oleh itu, waris yang menguruskan pembahagian faraid perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah-amanah terhadap harta tersebut dan menyerahkan hak kepada waris-waris yang berhak.
Andaikata si suami atau bapa yang telah meninggal dunia tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kepada waris-waris, ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak yatim adalah sebelah arwah bapanya iaitu datuknya ataupun bapa kepada datuknya ataupun bapa saudaranya. Jika tiada, barulah beralih kepada si ibu atau pun keluarga belah si ibu kepada anak yatim tersebut.
Namun, ianya bergantung kepada kemampuan datuk atau ahli kerluaga yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya wali tidak berkemampuan dari segi kewangan maka dibenarkan mengikut kemampuan dan sekadar keperluan sahaja.
Sekiranya datuk ataupun bapa saudara mampu menyediakan nafkah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut, anak tersebut boleh failkan kes tuntutan nafkah anak dan datuk/bapa saudara sebagai defendan di Mahkamah Rendah Syariah. Dan segala keputusan berkaitan kadar bayaran nafkah akan ditetapkan oleh pihak mahkamah mengikut keperluan anak dan kemampuan datuk/bapa saudara.
Kewajipan menanggung nafkah anak,
Apabila berlakunya kematian seorang ayah, bukanlah menjadi penyebab untuk waris lain terutamanya wali mengabaikan tanggungjawab anak-anak yatim ini.
Santunilah dan layani mereka supaya mereka tidak terabai dari segi pendidikan dan juga mereka dapat jalani kehidupan dengan sebaiknya. Bagi mengelakkan daripada anak-anak yatim ini tidak terbela dan terpelihara daripada perkara yang tidak diingini, semasa hidup para suami boleh membuat wasiat untuk melantik wasi dan juga orang yang dipercayai sebagai pemegang amanah/pemegang harta kepada anak-anak bawah umur.
Wasi atau pentadbir yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan segala amanah untuk memastikan harta pusaka diuruskan dengan sebaik mungkin termasuklah menyelesaikan segala hutang-hutang si mati, melaksanakan wasiat si mati dan menyerahkan kepada waris-waris yang berhak mengikut pembahagian faraid.
Siapa Yang Layak Urus Harta Anak Yatim? Seringkali apabila berlaku kematian si bapa, ibu yang akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak
Tuntutan Harta Pusaka Besar Apa yang terjadi apabila si arwah meninggalkan harta lebih daripada RM2juta. Ianya dikenali sebagai harta pusaka
Rukun dan Syarat Wasiat Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan
Kenapa Perlu Ada Wasiat Pentadbiran? Apa itu wasiat pentadbiran? Bagaimana ianya membantu mempermudahkan urusan pembahagian pusaka? Di sini kami kongsikan
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami