“Mak mentua akak baru meninggal dunia semalam. Makin payah urusan rumah pusaka suami akak ni.” 5 tahun dah berlalu, rumah yang Siti tinggal masih belum bertukar nama. Masih lagi nama suaminya dan nama mak mentuanya. Pembahagian faraid jadi makin rumit.
Rumah ini dibeli sebelum mereka berkahwin. Disebabkan ketika itu arwah suami baru bekerja, jadinya arwah suami beli rumah tersebut atas 2 nama. Ada nama arwah suami dan mak mentua Siti.
Selepas kematian arwah suami, Siti bawak mak mentua ke pejabat tanah untuk tukar nama. Dua kali ke sana untuk urusan nak pindah milik.
Masa kali pertama, mak mentua tak jadi sign sebab nak bagi anak bongsu. Kali kedua bawak pun tak jadi juga sign sebab belum bersedia katanya nak turunkan hak milik. Ketika itu mak mentua beranggapan bahawa bahagian faraid arwah suami yang mak mentua terima iaitu 1/6 boleh diberikan kepada anak bongsu dan boleh terus tukar nama di Pejabat Tanah. Sedangkan adik bongsu bukanlah waris faraid arwah suami kerana mak mentua masih hidup lagi.
Sepatutnya waris perlu selesaikan dahulu bahagian arwah suami di Pejabat Pusaka Kecil. Selepas mendapat perintah pembahagian, barulah boleh diturun milik kepada waris yang berhak.
Namun begitu, ketika itu Siti hanya menurut sahaja kehendak mak mentuanya. Sehinggalah baru-baru ni, mak mentua Siti meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung. Sekarang menjadi bertambah rumit pembahagian faraid disebabkan oleh kematian berlapis.
Asalnya pembahagian faraid suami adalah:
Selepas kematian berlapis, jumlah bahagian faraid adalah: Pusaka suami + Pusaka ibu mentua = RM 700,000.00
Kisah di atas boleh dijadikan pengajaran.
Pentingnya kita ambil tahu tentang ilmu faraid dan juga pengurusan pusaka. Sekurang-kurangnya ambil tahu perkara asas sahaja agar waris-waris tahu hak mereka dan tidak termakan harta yang bukan haknya dan urusan pusaka dapat diselesaikan dengan segera.
Baginda Rasulullah SAW ada bersabda:
“Belajarlah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana aku ini adalah manusia yang akan mati dan sesungguhnya ilmu ini akan ditarik dari manusia, dan akan berlaku fitnah antara manusia sehingga apabila bertengkar dua orang tentang ilmu faraid, mereka tidak dapat mencari seseorang yang dapat menyelesaikannya di antara mereka.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Mas’ud)
Sabda Baginda lagi, yang bermaksud:
“Belajarlah ilmu faraid kerana sesungguhnya ia sebahagian dari agama kamu dan ajarkanlah ia kepada manusia kerana sesungguhnya ia merupakan separuh ilmu, dan sesungguhnya ia akan dilupakan dan sesungguhnya ia adalah ilmu pertama yang akan dicabut dari umatku.”
(Hadis riwayat Hakim dan Abu Daud dari Abu Hurairah).
WhatsApp kami