Tuntutan Harta Pusaka Besar

Picture of Nur Ain Zafirah Akib

Nur Ain Zafirah Akib

Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.

Apa yang terjadi apabila si arwah meninggalkan harta lebih daripada RM5 juta. Ianya dikenali sebagai harta pusaka besar dan untuk menguruskan harta sebegini, terdapat prosedur yang perlu dilaksanakan mengikut tertib.

Table of Contents

harta pusaka besar

Apa Itu Harta Pusaka Besar?

Harta pusaka besar merupakan semua jenis harta peninggalan si mati yang jumlah nilaiannya RM 5 juta atau lebih sama ada terdiri daripada harta tak alih semuanya atau harta alih kesemuanya atau campuran kedua-duanya ataupun harta pusaka yang jumlah nilaiannya kurang daripada RM 5 juta tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.

Akta Berkaitan

Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet & Pentadbiran 1959.


Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran tempat tinggal si mati utuk mendapatkan Grant of Probate atau Letter of Administration (LA)

Proses Tuntutan Harta Pusaka Besar

  • Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir di bawah kategori harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad dan Baitulmal). Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir pusaka.
  • Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperolehi, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang amanah harta si mati.
  • Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah.
  • Pentadbir bertanggung jawab untuk menyelesaikan liabiliti-liabiliti si mati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati.
  • Kemudian, pentadbir hendaklah memohon satu perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat (takharuj dalam kalangan waris).

Rujukan

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *