Dokumentasi Wasiat
Instrumen wasiat sering diabaikan oleh kebanyakkan orang. Padahal ia sangat membantu pemilik harta memastikan harta tersebut diurus dengan betul selepas kematian. Begitu juga memberi ruang kepada pemilik harta membuat kebajikan selepas kematian tidak lebih 1/3 harta yang ditinggalkan.
Mengapa Penting Menyediakan Wasiat?
Pelbagai punci masalah harta beku di Malaysia. Antara puncanya ialah:

Pelantikan Pentadbir
Dalam dokumentasi wasiat, pewasiat boleh melantik seorang pentadbir yang dipercayai untuk menguruskan harta pusaka. Ini penting kerana pentadbir akan bertanggungjawab menguruskan pembahagian harta mengikut wasiat dan undang-undang yang berkenaan.

Menjamin Amal Jariah
Wasiat juga membolehkan seseorang untuk memperuntukkan sebahagian hartanya kepada amal jariah, memastikan pahala yang berterusan walaupun selepas meninggal dunia

Mempercepat Proses Pembahagian Harta
Dengan adanya wasiat yang jelas dan sah, proses pembahagian harta pusaka boleh berjalan lebih lancar dan cepat kerana wasiat tersebut akan menjadi panduan kepada waris dan pihak berkuasa.

Menghindari Wasiat Lisan Yang Tidak Dapat Disahkan
Wasiat yang dibuat secara bertulis dan didaftarkan lebih mudah disahkan dari segi undang-undang berbanding dengan wasiat lisan yang mungkin tidak diakui oleh mahkamah.
Pelbagai lagi manfaat perancangan harta melalui wasiat. Wasiat membantu seseorang sekiranya dibuat dengan cara yang betul.
Perkhidmatan Wasiat Kami
Serendah RM400 sahaja untuk penyediaan wasiat anda:

Perlantikan Pentadbir Harta
Pelantikan pentadbir harta ialah melantik individu yang akan menguruskan semua urusan harta pusaka selepas seseorang meninggal dunia.

Pembahagian Secara Terperinci
Bahagian ini merujuk kepada hasrat pemilik harta tentang bagaimana harta ingin diagihkan selepas meninggal dunia.

Pengisytiharan Harta & Hutang
Pengisytiharan ini penting supaya waris mengetahui senarai aset yang dimiliki, akaun bank, rumah, tanah, kenderaan, pelaburan atau takaful dan termasuk hutang yang masih belum selesai.

Pemberian Harta Kepada Bukan Waris
Dalam Islam, wasiat boleh digunakan untuk memberikan harta kepada pihak yang bukan waris faraid.

Pesanan & Lain-Lain Arahan
Bahagian ini biasanya mengandungi pesanan terakhir atau arahan penting daripada pemilik harta.
Mengapa Angkasawan Malaysia Memilih Wasiyyah Shoppe Berhad?
Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah memilih Wasiyyah Shoppe Berhad di dalam membuat dokumen Perancangan Harta.
Wasiyyah Shoppe Berhad berjaya membantu selesaikan urusan pusaka
