Guru Agih Harta
Puan Umi Khlsom
Tentang Kami
Perjalanan Kami Dalam Membantu Keluarga Muslim
Ramai menyangka harta akan terus sampai kepada waris selepas kematian. Hakikatnya, tanpa perancangan, harta boleh beku, tertangguh dan menimbulkan konflik.
Kami membantu keluarga Muslim merancang harta dengan pendekatan yang jelas, praktikal dan patuh syariah supaya harta menjadi manfaat, bukan beban.
Pencapaian kami
Usaha kami terhadap komuniti di Malaysia.
Kami membantu individu dan keluarga Muslim merancang harta secara tersusun melalui hibah, wasiat dan perancangan pusaka. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan urusan waris, malah membantu mengelakkan harta beku, konflik keluarga dan kelewatan pembahagian selepas ketiadaan.
Jangan Tunggu Sampai Terlambat
Ramai hanya mula bertindak bila sudah berlaku kematian dalam keluarga. Mulakan perancangan hari ini.
kelas pewarisan
Jom tambah ilmu pewarisan.
Ramai masih keliru tentang hibah, wasiat dan faraid. Tanpa kefahaman yang jelas, harta boleh menjadi beku dan proses pembahagian menjadi rumit kepada waris.
Kami berkongsi ilmu pewarisan harta Islam secara praktikal dan mudah difahami supaya anda dapat merancang lebih awal, melindungi keluarga serta memastikan harta diagihkan mengikut syariat.
Tawaran Perkhidmatan
Kami menyediakan solusi lengkap perancangan dan pengurusan pewarisan harta Islam bagi memastikan harta anda diagihkan dengan teratur dan patuh syariah.

Khairat Pusaka
Menguruskan pusaka memerlukan ilmu serta melibatkan emosi, masa dan kos. Bagaimana jika anda boleh menjimatkan kos pengurusan pusaka dengan perancangan awal? Bermula serendah RM65 sebulan, perkhidmatan Khairat Pusaka membantu memastikan waris anda mendapat bantuan dalam menguruskan harta dengan lebih mudah dan teratur.

Tuntutan Pusaka
Tahukah anda terdapat lebih RM70 bilion harta beku di Malaysia dan sebahagian besarnya milik umat Islam? Kami membantu waris menguruskan tuntutan pusaka secara sistematik dan mengikut prosedur yang betul bagi mempercepatkan proses pembahagian harta.

Dokumentasi Hibah
Ingin memastikan harta diagihkan seperti yang anda hasratkan? Hibah merupakan salah satu solusi yang berkesan. Kami membantu menyediakan dokumentasi hibah yang sah bagi memastikan penerima hibah mendapat harta tanpa melalui proses yang rumit.

Dokumentasi Wasiat
Wasiat membantu memastikan pelantikan pentadbir harta yang dipercayai serta memudahkan urusan selepas ketiadaan anda. Kami membantu menyediakan dokumen wasiat yang jelas dan tersusun bagi melindungi kepentingan waris.

Pengurusan Amanah
Perkhidmatan amanah memastikan harta diuruskan oleh pihak yang profesional dan boleh dipercayai. Ia sesuai bagi melindungi kepentingan waris seperti anak bawah umur, anak OKU atau situasi tertentu yang memerlukan pengurusan berterusan.

Pewarisan Perniagaan
Pastikan perniagaan anda terus berjalan walaupun selepas ketiadaan anda. Kami membantu merancang pewarisan perniagaan supaya pemilikan dan pengurusan dapat diserahkan dengan lancar kepada pihak yang sesuai.
Our Partners
Apa kata pelanggan kami?
Perkongsian mereka adalah inspirasi dan panduan untuk tuan puan. Semoga perkongsian pandangan dan pendapat mereka membantu dalam membuat keputusan.
Persoalan (QnA)
Persoalan yang sering berulang yang ditanya kepada pihak kami. Untuk dapatkan jawapan persoalan tuan puan, maka boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak kami.
Apa itu Khairat Pusaka?
Khairat Pusaka ialah perkhidmatan yang membantu menyediakan sokongan kewangan dan pengurusan pusaka kepada waris selepas kematian.
Siapa yang sesuai mengambil Khairat Pusaka?
Sesiapa sahaja yang ingin memastikan waris mereka mendapat bantuan dalam menguruskan harta dengan lebih mudah dan teratur.
Apa itu tuntutan pusaka?
Tuntutan pusaka ialah proses mengurus dan mendapatkan harta si mati melalui saluran yang sah seperti Mahkamah Tinggi, Amanah Raya atau Pejabat Pusaka Kecil.
Adakah waris boleh urus sendiri tuntutan pusaka?
Boleh, tetapi prosesnya agak kompleks dan memerlukan masa, dokumen lengkap serta kefahaman prosedur.
Adakah hibah boleh dicabar oleh waris lain?
Jika hibah dibuat dengan lengkap dan sah, risiko cabaran adalah rendah. Dokumentasi yang betul sangat penting.
Kenapa perlu buat wasiat jika ada faraid?
Wasiat membantu memudahkan pengurusan harta dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan waris.
