5 Solusi Pembahagian Faraid Arwah Suami

Picture of Nur Ain Zafirah Akib

Nur Ain Zafirah Akib

Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.

Apabila berlaku kematian kepada suami, bagaimana sebenarnya kaedah pembahagian faraid arwah suami? Pasti ada yang tertanya-tanya. 

Pada kebiasaannya ramai waris-waris terutamanya isteri akan buntu apabila tonggak utama keluarga telah pergi buat selamanya. Waris akan berhadapan dengan fasa-fasa emosi dan ini juga memberi kesan kepada setiap tanggungjawab dan tindakan waris.

Table of Contents

Tindakan Yang Perlu Dilakukan

Apabila berlaku kematian ke atas suami, selepas urusan jenazah, tertib utama dan wajib diselesaikan adalah hutang si arwah sebelum fikir hal pembahagian faraid suami meninggal. Waris perlu melunaskan baki hutang yang ada daripada harta yang ditinggalkan.

Meskipun si arwah ada tinggalkan wasiat secara bertulis mahupun lisan, wasiat kepada waris adalah tidak sah jika ada waris yang lain tidak bersetuju melainkan mendapat keizinan atau kesepakatan oleh waris lain.

Sabda Rasullah SAW yang bermaksud:

“Allah telah memberikan bahagian kepada setiap yang berhak. Oleh itu, tiada wasiat untuk pewarisnya.”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Mengapa Wasiat Kepada Waris Tidak Sah?

Wasiat adalah pemberian atau sumbangan sama ada harta itu sendiri atau manfaatnya oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia untuk tujuan amal kebajikan. Perpindahan harta atau manfaat hanya berlaku selepas pewasiat meninggal dunia.

Wasiat kepada waris tidak sah disebabkan oleh beberapa faktor.

1.Tiada wasiat kepada waris Menurut jumhur fuqaha’

Wasiat kepada waris yang layak menerima harta pusaka adalah tidak sah walaupun dengan kadar 1/3 melainkan mendapat keizinan daripada waris-waris lain. 

Ini kerana, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah berikan kepada setiap orang yang berhak itu akan haknya, maka tidak boleh berwasiat kepada waris. ”

(Hadis riwayat al-Tirmidhi)

2. Wasiat perlu dilaksanakan hanya dalam kadar 1/3 kepada bukan waris

Wasiat hanya perlu dilaksanakan dalam kadar 1/3 daripada baki pusaka si mati iaitu setelah ditolak kos pengurusan jenazah dan pelunasan hutang serta bukan kepada waris yang layak menerima pusaka.

Sekiranya wasiat melebihi kadar 1/3 daripada baki pusaka, maka ia tidak dapat dilaksanakan melainkan mendapat persetujuan oleh waris-waris faraid.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW kepada Sa’ad bin Abi Waqas yang bermaksud:

“Sepertiga dan sepertiga itu banyak, sesungguhnya adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan waris-waris kamu dalam keadaan kaya daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang meminta-minta kepada orang lain”

(Hadis Riwayat Muslim)

Contoh Kes

faraid arwah suami

Bagi kes ini, ‘pesanan’ (wasiat) kepada mentua dan ipar tidak sah sama ada lisan atau bertulis kerana mereka tergolong dalam kalangan waris faraid.

Justeru itu, isteri boleh buat permohonan di Mahkamah Syariah untuk dapatkan sijil faraid.

Sekiranya harta pusaka masih atas nama si arwah, isteri boleh failkan permohonan tuntutan harta pusaka sama ada di Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil ataupun Amanah Raya Berhad.

Dari situ boleh juga dapatkan khidmat nasihat atau pengesahan berkenaan wasiat pesanan arwah suami tersebut.

Analisa Kes

Sebelum semua harta pusaka diagihkan, isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah. Harta pusaka yang boleh dituntut adalah harta sepencarian yang diperolehi sepanjang perkahwinan. Berapa kadar yang akan diterima adalah bergantung kepada keputusan Mahkamah.

Perlu diingatkan bahawa tuntutan harta sepencarian tidaklah semudah kita hantar dokumen dan tunggu keputusan mahkamah. Ada pelbagai proses yang perlu dilalui dan bukti yang dikemukan pula perlulah kuat. Bukanlah nak menghampakan para balu atau isteri, tapi itulah hakikatnya.

Untuk elakkan perkara yang tidak diingini, dihujung artikel ini ada dinyatakan langkah-langkah yang perlu diambil.

Siapa Waris Arwah Suami

Dalam pembahagian faraid, ada 25 golongan waris faraid yang layak menerima pusaka yang kita tinggalkan. Waris faraid utama ada 5 iaitu ayah, ibu, suami/isteri, anak lelaki dan anak perempuan. Bahagian faraid isteri adalah 1/8 sekiranya mempunyai anak dan 1/4 jika tiada anak. Siapa yang layak menerima pusaka tersebut bergantung kepada siapa yang masih hidup selepas kematian pemilik harta.

Berdasarkan kes mak mentua dan ipar yang mengatakan arwah ada buat pesanan (wasiat), ya mereka ada hak dalam pembahagian faraid si arwah. Tetapi tidak melalui pesanan tersebut kerana seperti dah dibincangkan, wasiat tidak sah kepada waris. Sedangkan mereka semua adalah waris.

Jelas kan?

Isu pewarisan harta ni akan sentiasa ada. Tambahan pula jika ada waris yang ambil ringan atau tidak ambil tahu tentang faraid dan juga ilmu pewarisan harta ini.

Bagaimana hendak kurangkan risiko dari perkara seperti ini terjadi?

Solusi Pembahagian Faraid Arwah Suami

  1. Buat dokumen Wasiat pentadbiran – Pemilik harta melantik wasi/ pentadbir untuk bantu dalam urus tadbir pusaka selepas kematian.
  2. Buat dokumen Wasiat 1/3 daripada harta pusaka bagi tujuan amal jariah.
  3. Dokumen deklarasi harta sepencarian
  4. Buat dokumen hibah harta – Sekiranya ada hasrat lain selain pembahagian faraid, boleh buat dokumen pengisytiharaan hibah. Sebagai contoh jika ada anak perempuan sahaja atau anak angkat. Atau pun hendak bagi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau isteri.
  5. Hibah Takaful – Melalui pampasan yang diterima dari Syarikat Takaful boleh dijadikan sebagai tunai segera kepada penerima hibah. Duit tersebut boleh digunakan untuk kelangsungan hidup keluarga yang ditinggalkan.


Hari ini kita dengar dan baca kisah orang lain. Sudah pasti kita tidak mahu perkara seperti di bawah menjadi kisah kita pula. Kesian isteri kita dan anak-anakkan.

Semasa sihat dan waras, sebaiknya ambil tindakan yang sewajarnya dalam perancangan pembahagian faraid agar harta yang ditinggalkan menjadi ladang pahala kita yang berterusan.

pengenalan wasiat
Ilmu Pewarisan Harta

Pengenalan Wasiat

Pengenalan Wasiat Wasiat adalah dokumen penting yang mengatur pembahagian harta selepas kematian, namun ramai yang kurang memahaminya. Artikel ini akan

Read More »

Hukum Faraid

Hukum Faraid Hukum berkaitan Faraidh dibahagikan kepada dua bahagian: 1) Hukum pelaksanaan pembahagian Faraidh. 2) Hukum mempelajari ilmu faraid. Disini

Read More »
jenis hibah bersyarat
Hibah

Jenis Hibah Bersyarat

Jenis Hibah Bersyarat Secara umumnya terdapat dua jenis hibah bersyarat yang biasa diamalkan iaitu hibah al-‘umra dan hibah al-ruqba. Table

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com