Makan Harta Pusaka Tanpa Izin

Picture of Umi Khlsom

Umi Khlsom

Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Jangan ambil mudah dan makan harta pusaka tanpa izin. Garam gula pun dikira pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga milik arwah.

Table of Contents

Hukum Makan Harta Pusaka Tanpa Izin

Haram makan harta pusaka tanpa izin. Perlu minta izin dari waris faraid mereka dahulu. Pastikan sama ada mereka redha atau tidak harta pusaka berkenaan digunakan.

Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.

Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?

Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?

Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun simati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita. Ini tidak, semasa simati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara mara ambil barang-barang arwah.

Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.

Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.

Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.

Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah.

Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.

makan harta pusaka tanpa izin

Jangan ambil mudah tentang pengurusan pusaka. Setiap harta yang ditinggalkan arwah mempunyai pemegang haknya. Pastikan minta izin dahulu sebelum menggunakannya. 

konsep hibah
Hibah

Konsep Hibah

Konsep Hibah Hibah ialah konsep dalam perundangan Islam yang mula diaplikasikan dalam muamalat Islam. Konsep ini merupakan salah satu kaedah

Read More »
hibah duit kwsp
Hibah

Bolehkah Hibah Duit KWSP?

Kaedah Terbaik Persediaan Urus Harta Pusaka Hampir setiap individu yang bekerja secara formal mempunyai caruman KWSP. Oleh itu, ramai juga

Read More »
rukun hibah
Hibah

Rukun Hibah

Rukun Hibah Rukun hibah adalah asas penting dalam memastikan pemberian harta berlaku dengan sah dan berkesan. Ketahui elemen-elemen utama yang

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com