Pengenalan Faraid
Pengenalan Faraid Ilmu faraid bukan sahaja melibatkan pembahagian harta peninggalan si mati, tetapi juga merangkumi aspek fiqh dan pengiraan matematik
Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Ramai masih belum faham, sebelum laksana pembahagian faraid, perlu lakukan 3 perkara terlebih dahulu, baru boleh bahagi baki harta pusaka tersebut.
Berbicara tentang masalah pembahagian harta pusaka, ramai yang fikir hanya tentang pembahagian faraid. Walhal, sebenarnya pembahagian faraid dilaksanakan selepas tertib-tertib yang lain telah diselesaikan.
Oleh kerana kekurangan terhadap ilmu ini, ramai waris-waris bertelagah bahkan ada yang sanggup putus keluarga.
Mungkin kita ada dalam kalangan pembaca pernah dengar tentang pertikaian akibat masalah pembahagian harta pusaka sehingga menimbulkan konflik dalam sesebuah keluarga.
“Persoalan saya, boleh ke saya tuntut bahagian harta pusaka saya menurut pembahagian faraid sebabnya saya sekarang dah 25 tahun. Ibu saya rasa semua harta pusaka tu milik dia.
Ceritanya begini, arwah ayah saya meninggal dunia masa saya umur 12 tahun. Masa tu arwah ada tinggalkan sebuah rumah dan tanah kebun yang ada hasil. Ada juga simpanan di bank. Masa arwah ayah meninggal dunia, nenek saya masih hidup.
Adik beradik saya yang lain pun masa tu dah dewasa. Nenek dan adik beradik saya lepaskan bahagian mereka kepada saya. Bahagian saya, mak saya sebagai pemegang amanah. ”
Bagi kes di atas, si mati ada meninggalkan anak bawah umur dan pemegang amanah bagi anak tersebut adalah isteri simati.
Bagi harta alih seperti duit, isteri boleh menggunakan pembahagian faraid anak bawah 18 tahun bagi tujuan untuk membesarkan anak dan juga pendidikan sehingga anak tersebut habis belajar.
Manakala bagi harta tak alih seperti rumah dan tanah, boleh ke pejabat pusaka kecil semula untuk ulang bicara jika anak sudah berusia 18 tahun ke atas. Selepas mendapat perintah pembahagian, bolehlah ke pejabat tanah untuk tukar nama di geran.
Hasil kebun pula, anak boleh bermuafakat dengan ibu sama ada memberikan bahagian kepada anak-anak dan manfaatkan bersama-sama. Sebaiknya pujuklah ibu dan berbincang dengan baik.
Jangan kerana harta, silaturahim sesama anak dan ibu terputus.
Rasullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan).”
Hadis Riwayat Muslim.
Allah menjanjikan ganjaran yang besar untuk orang yang sentiasa menjaga silaturahim
Daripada Anas bin Malik bahawa Rasullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang ingin rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perlu difahami, dalam menguruskan harta pusaka ada beberapa tertib yang perlu dibuat sebelum pembahagian faraid diagih-agihkan kepada waris iaitu,
Setelah selesai segala urusan yang dinyatakan di atas, barulah baki harta pusaka yang ada dibahagikan mengikut faraid. Kita perlu kenalpasti semua waris faraid si arwah supaya pembahagian dapat dilaksanakan dengan adil dan tidak mengambil hak orang lain.
Kesimpulannya,wang peninggalan si mati perlulah digunakan terlebih dahulu untuk melaksanakan kewajipan bagi harta pusaka. Sebagai seorang anak, sebaiknya kita bincang baik-baik dengan ibu untuk bahagikan harta pusaka tersebut namun sebaiknya elakkan jika harta pusaka tersebut menjadi sebab terputusnya silaturahim dalam keluarga.
Akhir sekali, kami doakan semoga segala urusan kita dipermudah Allah S.W.T sama ada sebelum dan sesudah mati. Moga Allah memberikan kefahaman dalam menuntut ilmu dan semoga Allah menerima segala amal kebajikan serta memberikan ganjaran yang melimpah ruah buat kita semua.
Setelah selesai segala urusan dinyatakan di atas, barulah baki harta pusaka tersebut boleh diagihkan kepada yang berhak.
Pengenalan Faraid Ilmu faraid bukan sahaja melibatkan pembahagian harta peninggalan si mati, tetapi juga merangkumi aspek fiqh dan pengiraan matematik
Makan Harta Pusaka Tanpa Izin Jangan ambil mudah dan makan harta pusaka tanpa izin. Garam gula pun dikira pusaka. Bukan
Waris Saman Kerana Harta Pusaka Seringkali terpampang di dada akhbar berita waris saman kerana harta pusaka. Kenapa ini sering terjadi?
6 Fakta Kenapa Perlu Hibah Rumah Anda memiliki rumah? Pernah terfikir apa akan jadi jika anda meninggal dunia pada rumah
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami