Kaedah Terbaik Persediaan Urus Harta Pusaka
Amira Aziz
Graduan Universiti Teknologi Petronas, Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Memberikan konsultasi Pewarisan Harta & Pusaka sejak 2017 dan aktif sebagai penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
Hampir setiap individu yang bekerja secara formal mempunyai caruman KWSP. Oleh itu, ramai juga tertanya-tanya bolehkah hibah duit KWSP tersebut?
Table of Contents
Hukum Hibah Duit KWSP
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia, duit KWSP tidak boleh dihibahkan selagi ia masih berada dalam akaun KWSP.
Ini kerana duit KWSP Akaun 1 dan 2 tidak berada dalam milikan penuh pencarum untuk dihibahkan.
Jika berlaku kematian, wang KWSP tersebut perlu dibahagikan mengikut hukum faraid, walaupun penama telah dilantik.
Apakah Tugas Penama Akaun KWSP?
Ramai yang salah anggap bahawa penama adalah penerima mutlak duit KWSP. Sebenarnya, penama bertindak sebagai pemegang amanah untuk menguruskan pembahagian wang KWSP mengikut hukum faraid, bukan sebagai penerima penuh.
Selepas wang dikeluarkan oleh penama, ia perlu dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syariah.
Kaedah yang Sah untuk Hibah Duit KWSP setelah ia dikeluarkan
1. Pelaburan Unit Trust: Sekiranya anda keluarkan wang KWSP untuk pelaburan dalam Unit Trust, anda boleh membuat hibah ke atas pelaburan tersebut. Ini memastikan ahli keluarga tersayang mendapat manfaat daripada pelaburan anda.
2. Umur 55 Tahun: Bila anda mencapai umur 55 tahun, anda boleh keluarkan wang KWSP dan memindahkannya ke akaun bank, ASB, atau Tabung Haji. Setelah dipindahkan, barulah wang ini boleh dihibahkan mengikut perancangan anda.
Kesimpulan
Perlu diingat, hibah adalah cara penting untuk memastikan wang anda digunakan dengan cara yang diinginkan selepas anda tiada.
Jika tidak dirancang, wang KWSP akan dibahagikan mengikut hukum faraid. Pastikan anda membuat perancangan awal untuk melindungi masa depan keluarga anda.
Rujukan
- JAKIM : E-SMAF V1. (n.d.). http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15206

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna
