Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka
Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka? Adakah anak yang membunuh ibunya disebabkan harta terhalang daripada menerima harta pusaka? Kami kupaskan
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Hibah merupakan amalan pemberian yang penuh makna dan manfaat, seringkali menimbulkan persoalan tentang keadilan dan hak. Ketahui lebih lanjut mengenai konsep hibah dan impaknya yang mendalam dalam artikel ini.
Hibah ialah konsep dalam perundangan Islam yang mula diaplikasikan dalam muamalat Islam. Konsep ini merupakan salah satu kaedah muamalat Islam yang telah digunakan sebagai instrumen perancangan harta umat Islam di Malaysia.
Seiring dengan keperluan masyarakat hari ini, hibah telah dibangunkan sebagai salah satu perkhidmatan perancangan harta yang dapat menjaga kebajikan ahli keluarga serta menyelesaikan isu pemilikan harta pusaka pada masa akan datang.
Rukun hibah adalah asas penting yang menentukan keabsahan pemberian harta menurut syariah. Ia melibatkan beberapa elemen utama, termasuk niat yang jelas dari pemberi, penerima yang sah, serta objek harta yang diberikan. Setiap rukun mesti dipatuhi untuk memastikan hibah diterima dengan betul dan tidak menimbulkan konflik di masa depan.
Selain itu, syarat-syarat hibah seperti keupayaan pemberi dan penerima untuk menerima dan memberi hibah juga perlu dipatuhi. Dengan memahami rukun dan syarat ini, seseorang dapat memastikan hibah dilaksanakan dengan sah dan berkesan, mengelakkan masalah undang-undang dan perselisihan di kemudian hari.
Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris.
Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan.
Ia sebagaimana hadis daripada:
Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Harta yang telah dihibahkan semasa hayat pemberi tidak lagi menjadi sebahagian daripada pusaka yang akan dibahagikan mengikut hukum faraid selepas kematian pemberi.
Ini menjadikan hibah sebagai instrumen penting dalam perancangan harta semasa hidup.
Bagi harta yang dihibahkan pula, penerima perlu mendapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah bagi memudahkan turunmilik nama daripada nama pemberi hibah kepada nama penerima hibah.
Perlu memastikan hibah anda didokumentasikan dengan betul dan sah? Kami menyediakan perkhidmatan dokumentasi hibah yang profesional dan terperinci. Klik butang atau isi borang dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka? Adakah anak yang membunuh ibunya disebabkan harta terhalang daripada menerima harta pusaka? Kami kupaskan
5 Solusi Pembahagian Faraid Arwah Suami Apabila berlaku kematian kepada suami, bagaimana sebenarnya kaedah pembahagian faraid arwah suami? Pasti ada
Pengenalan Hibah Hibah merupakan amalan pemberian yang penuh makna dan manfaat, seringkali menimbulkan persoalan tentang keadilan dan hak. Ketahui lebih
Jenis Hibah Bersyarat Secara umumnya terdapat dua jenis hibah bersyarat yang biasa diamalkan iaitu hibah al-‘umra dan hibah al-ruqba. Table
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami