
Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin
Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin Ramai yang fikir, perancangan harta individu tidak berkahwin adalah tidak penting. Tapi realitinya, mereka mungkin antara
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Terdapat 3 jenis wasiat yang sering ditinggalkan. Pastikan anda fahami fungsi setiap jenis wasiat dan kenalpasti wasiat jenis bagaimana yang sesuai dengan keperluan pengurusan harta pusaka anda.
Wasiat pesanan adalah arahan khusus yang dibuat oleh pewasiat kepada Wasi atau ahli keluarga untuk melaksanakan perkara-perkara tertentu selepas kematiannya. Biasanya, pesanan ini melibatkan tindakan penting yang belum dilaksanakan oleh pewasiat semasa hayatnya. Beberapa contoh termasuk:
Pelaksanaan: Wasiat pesanan perlu dilaksanakan dengan selepas kematian pewasiat. Wasi perlu memastikan pesanan yang menepati tuntutan syarak dipenuhi sebelum pembahagian harta pusaka kepada ahli waris, agar kewajipan-kewajipan pewasiat dapat disempurnakan.
Wasiat ini merujuk kepada pewasiat yang melantik seorang pentadbir atau Wasi untuk mengurus dan mentadbir harta pusakanya selepas kematiannya. Wasi ini bertanggungjawab dalam memastikan segala urusan berkaitan pembahagian harta dan pesanan pewasiat dilaksanakan mengikut undang-undang Syariah dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Tanggungjawab Wasi/Pentadbir:
Pelaksanaan: Pentadbir atau Wasi ini perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah dan kejujuran, kerana mereka memegang amanah daripada pewasiat untuk memastikan segala wasiat dan pembahagian dilakukan dengan adil.
Wasiat pembahagian merujuk kepada pewasiat yang membuat arahan mengenai bagaimana harta pusakanya hendak dibahagikan selepas kematiannya. Mengikut undang-undang Islam, pewasiat hanya dibenarkan mewasiatkan sehingga 1/3 daripada hartanya kepada bukan ahli waris atau untuk tujuan kebajikan. Wasiat ini tidak boleh bercanggah dengan hukum faraid yang menetapkan hak ahli waris yang sah.
Contoh pelaksanaan:
Pelaksanaan: Wasi atau pentadbir perlu memastikan pembahagian ini dilaksanakan seperti yang diwasiatkan, selepas membayar hutang pewasiat. Jika jumlah wasiat melebihi 1/3 harta, perlu dapatkan persetujuan ahli waris terlebih dahulu untuk membenarkan wasiat dilaksanakan.

Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin Ramai yang fikir, perancangan harta individu tidak berkahwin adalah tidak penting. Tapi realitinya, mereka mungkin antara

Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan. Ia adalah

Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna

Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich Generasi Sandwich: anda ialah tulang belakang antara dua generasi, menanggung ibu bapa yang semakin uzur,
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami