Pengenalan Faraid
Nur Ain Zafirah Akib
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Ilmu faraid bukan sahaja melibatkan pembahagian harta peninggalan si mati, tetapi juga merangkumi aspek fiqh dan pengiraan matematik bagi menentukan hak setiap waris.
Table of Contents
Difinisi Faraid
Faraid merupakan satu ilmu berkaitan dengan pembahagian harta pusaka. Dari segi bahasa, faraid diambil daripada kalimah arab yang merupakan jama’ daripada perkataan faridhah yang bermaksud ketetapan.
Allah berfirman dalam Surah An-Nisaa’ Ayat ke 11:
فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ
“(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah.”
(Surah An-Nisaa’ : Ayat 11)
Faridhah pula berasal daripkata dasar fardh yang bermaksud al-taqdir atau yang ditentukan.
Ilmu faraid bukan sahaja melibatkan pembahagian harta peninggalan si mati, tetapi juga merangkumi aspek fiqh dan pengiraan matematik bagi menentukan hak setiap waris.
Hikmah Pensyariatan Faraid
Menurut kitab Fiqh al-Manhaji oleh Sheikh Mustafa al-Khin, Sheikh Mustafa al-Bugha, dan Sheikh Ali as-Sariji, terdapat tiga hikmah utama dalam pensyariatan faraidh:
Selaras dengan fitrah manusia
Manusia secara fitrahnya mempunyai perasaan kasih sayang terhadap keluarga, dan hukum faraidh memastikan bahawa harta seseorang dapat diwariskan kepada mereka yang disayangi, seperti isteri, suami, anak-anak, dan ibu bapa. Ini menepati kehendak semula jadi manusia yang ingin menjaga kebajikan keluarga selepas ketiadaan mereka.
Membantu sesama waris
Dengan adanya hak waris yang jelas, hubungan kekeluargaan diperkukuhkan, di mana waris yang menerima harta mampu membantu keluarga yang masih hidup meneruskan kehidupan mereka, terutamanya jika mereka berada dalam kesusahan.
Mengeratkan silaturahim
Pembahagian pusaka boleh menjadi sebab untuk mengumpulkan waris-waris yang mungkin terpisah lama. Ia juga menjadi peluang untuk waris memaafkan kesilapan si mati dan menjaga hubungan kekeluargaan yang baik.
Hukum Faraid
Pelaksanaan Faraid
Hukum: Wajib
Dalam erti kata yang lain, apabila seseorang meninggal dunia, harta pusaka yang si mati tinggalkan wajib dibahagikan mengikut faraidh.
Adapun sekiranya terdapat ahli waris yang tidak ingin mengambil bahagian faraid, mereka boleh melepaskan bahagian tersebut atau disebut sebagai takharuj namun mereka wajib tahu bahagian masing-masing terlebih dahulu.
Mempelajari Faraid
Hukum: Fardu Kifayah
Fardhu kifayah bermaksud hanya sebahagian umat Islam yang wajib mempelajari dan menyampaikan ilmu ini. Seseorang itu tidak wajib mempelajari sekiranya ada orang lain telah menunaikan kewajipan tersebut.
Sekiranya dia tetap ingin belajar, maka hukum mempelajari ilmu ini menjadi sunat.
Halangan Pusaka
Pembunuhan
Berlainan Agama/Murtad
Hamba Sahaya
Anak Zina
Murtad
Penceraian Talak Ba'in
Ahli Waris (Mengikut Jantina)
Tahukah anda terdapat 25 golongan waris yang layak terima pembahagian faraid? Kenal pasti waris anda supaya urusan pembahagian faraid menjadi lebih jelas dan adil.
Siapakah 25 golongan ahli waris faraid (Mengikut jantina)?
Perkhidmatan Tuntutan Pusaka
Perlukan khidmat bantuan dalam menuntut hak pusaka anda? Barisan perunding profesional kami sedia membantu. Klik butang atau isi borang dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Buat Tindakan Sekarang !

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang
