Rukun dan Syarat Wasiat
Rukun dan Syarat Wasiat Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan
Graduan Universiti Teknologi Petronas, Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Memberikan konsultasi Pewarisan Harta & Pusaka sejak 2017 dan aktif sebagai penceramah bertauliah Wasiyyah Shoppe Berhad
Bukan mudah untuk urus harta pusaka selepas berlaku kematian. Sebaiknya kita lakukan persediaan urus harta pusaka ketika masih lagi hidup. Ini supaya waris-waris kita tidak menghadapi masalah bagi menguruskan harta pusaka kita.
Bayangkan sekarang ni kalau saya suruh anda cari dokumen seperti S&P atau geran rumah anda, perjanjian rumah, sijil MRTT pun ada yang ambil masa hendak mencari. Malah ada tu berhari-hari dan dokumen hilang. Apatah lagi waris? Anak bawah umur lagi la tak faham apa-apa.
Kemudian bukannya waris boleh terus dapat pusaka secara automatik. Boleh terus agih ikut faraid. Tidak sama sekali!
Waris anda perlu turun naik Pejabat Pusaka Kecil (PPK) atau Mahkamah Tinggi (MT) untuk melalui proses tuntutan. Sekiranya tidak cukup dokumen macam mana nak buat tuntutan.
Ada kes yang terjadi, apabila tidak tahu nak buat apa terus sahaja melantik peguam atau pergi ke Amanah Raya Berhad. Masa tu baru tahu ada kos pengurusan.
Anak dan isteri kita tau ke nak buat semua ni? Jika suami isteri meninggal dunia serentak dan anak-anak masih kecil, siapa pula yang hendak uruskan?
Itu belum lagi bab salah faham dengan waris-waris lain. Isteri dan anak-anak bukan sahaja waris faraid kita sahaja malah SEBENARNYA kita ada 25 golongan waris yang boleh tuntut pusaka kita. Ianya bergantung pada struktur faraid masing-masing.
Agak-agak isteri atau suami kita boleh tak berbincang bab pusaka dengan mentua selepas kematian kita?
Pentingnya ilmu dalam pewarisan harta Islam. Kenapa hendak peningkan kepala jika ada Syarikat Amanah yang boleh membantu waris anda.
Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) ada memberikan perkhidmatan Khairat Pusaka.
Dalam pakej ini, anda siap-siap lantik wasi untuk mudahkan urusan pusaka anda nanti. Wasiat 1/3 secara percuma sebagai amal jariah anda.
Apabila berlaku kematian untuk ahli khairat pusaka, waris akan dapat RM1000, boleh la nak buat belanja ad hoc. Tidak perlu nak cucuk duit arwah suami dalam bank.
Kemudian wakil dari WSB akan datang ke rumah anda. Kita kumpul semua waris. Pihak WSB akan jadi orang tengah untuk berbincang kes pusaka arwah. Ha takdelah waris-waris blur-blur nak buat apa.
Wakil dari WSB terus cerita dan bantu waris pelanggan. Setiap waris dapat berapa bahagian, apa nak buat untuk proses tuntutan dan yang berkaitan dengan urusan pusaka. Senang tak macam ni? Takdelah nak gaduh-gaduh keluar rumah sehelai sepinggang.
Kemudian WSB bantu pulak buat proses tuntutan kat PPK atau MT. Ke mana nak pergi bergantung nilai pusaka si mati. Tak perlu pening kepala. Kami bantu waris anda untuk dapatkan surat kuasa terus. Surat kuasa tu nanti dah boleh guna untuk cairkan aset si mati. Mudah ke mudah?
Ada kes surat kuasa tu dalam 2 minggu dah boleh dapat. Tapi kami tak nak lah janji bulan dan bintang. Paling lewat pun dalam masa 4-8 bulan bergantung kepada kes.
Lagi best waris pelanggan kami tak perlu pun bayar kat Wasiyyah Shoppe Berhad. Betul.
Maksudnya si pemilik harta yang dah bayar duit khairat pusaka tu siap-siap semasa hidup. Macam khairat kematian. Kalau dah jadi ahli khairat kematian, apabila ada kematian, kariah masjid akan tolong urus jenazah dan waris tak perlu bayar lagi urusan pengkebumian.
Bestkan khairat pusaka ni? Satu-satunya kat Malaysia.
Asalkan ada sebuah rumah je pun dah boleh jadi ahli khairat pusaka ni. Bukan untuk orang kaya-kaya je. Orang biasa-biasa pun boleh langgan juga.
Alamak komitmen lagi nak bayar khairat pusaka! Sedangkan bil handphone dan astro yang mahal pun ada yang sanggup bayar. Inikan pula khairat pusaka yang mampu milik sangat.
Jangan jadikan kematian kita modal pihak media buat untung dengan cerita kita. Biar viral sebab amalan baik kita bukan viral aib keluarga kita.
Harta anda adalah amanah dan pinjaman daripada Allah SWT. Sebagai pemilik harta, andalah yang bertanggungjawab untuk urus dan rancang sebaiknya.
Mengapa perlu ambil risiko keluarga anda jika anda boleh ubah. Zahirkan rasa kasih dan sayang anda terhadap keluarga dengan ambil tindakan sekarang.
Rukun dan Syarat Wasiat Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan
Siapa Perlu Ada Wasiat Pentadbiran? Terdapat pelbagai sebab kenapa seseorang itu perlu membuat wasiat pentadbiran. Disini kami kongsikan beberapa sebab
Apa Beza Wasiat dan Hibah? Tahukah anda apa beza wasiat dan hibah? Dokumen wasiat dan hibah mempunyai fungsi yang berbeza
Syarikat Tutup Kerana Rakan Kongsi Meninggal Adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat yang mempunyai ramai pemegang saham terpaksa ditutup apabila
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami