SOLUSI PERKHIDMATAN PENGURUSAN AMANAH YANG DIBERIKAN

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah sebuah syarikat amanah berdaftar yang beroperasi di bawah Akta Pemegang Amanah 1949. Kuasa yang diperuntukkan di bawah akta ini selain dari bertindak sebagai wasi / pentadbir harta pusaka, Wasiyyah Shoppe Berhad boleh juga bertindak sebagai pemegang amanah kepada harta-harta amanah yang diingini oleh pelanggan. Harta ini kemudiannya akan diurus atau diagihkan kepada benefisiari yang ditetapkan oleh pelanggan.

HARTA YANG BOLEH DIPEGANG SECARA AMANAH OLEH WASIYYAH SHOPPE BERHAD BAGI TUJUAN PERKHIDMATAN AMANAH IALAH:

HARTANAH

PELABURAN AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB )

WANG TUNAI

  POLISI TAKAFUL

Masyarakat sentiasa berkeperluan untuk harta-harta mereka dipegang secara amanah oleh organisasi profesional bagi tujuan tertentu.

ANTARA SEBAB KEPADA KEADAAN INI IALAH

WARIS-WARIS MEREKA MASIH DI BAWAH UMUR 18 TAHUN

Jika berlaku kematian dan waris-waris di bawah umur ini berhak ke atas satu amaun pusaka yang besar atau harta pusaka yang bernilai tinggi, ada kemungkinan pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah dari kalangan individu akan menyalahgunakan amaun atau harta pusaka tersebut.

WARIS KURANG BERDISIPLIN

Dibimbangi waris-warisnya kurang berdisiplin dalam menguruskan amaun pusaka yang banyak atau harta pusaka yang bernilai tinggi. Ada kebarangkalian waris-waris boros berbelanja menyebabkan harta pusaka yang diterima habis digunakan atau dijual di dalam masa yang singkat sahaja.

WARIS YANG TERDIRI DARI GOLONGAN OKU

Terdapat waris-waris yang terdiri dari golongan OKU. Mereka juga layak menerima harta pusaka dan dibimbangi pemegang amanah harta bagi waris OKU ini akan menyalahgunakan harta pusaka yang sepatutnya milik OKU ini.

HARTA TIDAK DIAGIHKAN SEBAIKNYA

Pemilik harta mahukan sebahagian dari hartanya tidak diagihkan, sebaliknya diuruskan secara professional dan kolektif untuk menjana pendapatan dan dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.

BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI SERVIS KAMI? SILA TEKAN BUTANG