12 Golongan Perlu Hibah Harta

Picture of Umi Khlsom

Umi Khlsom

Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Kesedaran umat Islam semakin meningkat, bahkan ramai dalam kalangan umat Islam hari ini mengambil tindakan awal dengan membuat hibah harta untuk ahli keluarga tercinta.

Jika dulu ramai bangsa Cina sahaja yang membuat perancangan harta, namun hari ini umat Islam di Malaysia semakin peka terutamanya bagi mereka yang terdiri dalam golongan yang perlu membuat hibah harta awal.

Table of Contents

hibah harta

Siapakah Yang Perlu Buat Hibah Harta?

Terdapat 12 golongan yang perlu membuat hibah harta lebih awal, mereka terdiri daripada golongan berikut :

Pasangan Yang Beli Rumah Nama Bersama

Golongan yang pertama adalah pasangan suami Isteri yang membeli rumah secara bersama. Sekarang ini ramai yang buat begini untuk kuatkan statement bank. Didalam SPA/SNP ada kedua‐dua nama. 

Kebiasaannya kedua-duanya membuat pinjaman, kedua-dua juga ada MRTT, yang bayar loan adalah suami. Jika suami meninggal dunia, loan suami akan terlangsai kerana ada MRTT, tetapi hanya separuh rumah akan bebas dari hutang. 

Oleh itu isteri masih terbeban membayar separuh lagi dari bayaran rumah untuk baki pinjaman 20‐30 tahun lagi. Bahagian suami telah pun menjadi pusaka, jika tiada ibubapa dan anak lelaki bermakna adik beradik suami juga adalah pemilik bersama rumah.

Adakah isteri akan meminta mereka membayar bersama loan rumah? Atau isteri ingin menebus bahagian mereka? Mampukah isteri menebus bahagian waris yang lain pada waktu harga rumah mungkin telah melonjak tinggi dari harga pembelian asal? Atau menjual rumah utk membahagi bahagian mereka? 

Ada mungkin isteri dan anak anak berupaya mendapat hartanah seumapan ini pada lokasi yang sama dan pada harga asal pembelian? Proses ini menjadi lebih sukar jika ada anak anak masih bawah umur, perintah pembahagian akan tertunda sehingga mereka mencecah umur 18tahun. 

Seringkali proses ini memberikan tekanan kepada waris yang ditinggalkan kerana mereka perlu membuat keputusan yang sukar.

Penyelesaian terbaik adalah hibah hartanah ‘back to back’. Suami hibah bahagian beliau kepada isteri, isteri hibah bahagian isteri kepada suami, jika salah seorang meninggal dunia, pemilikan adalah hanya kepada seorang. 

Atau option kedua, suami isteri hibah kepada anak, jika salah seorang tiada, pemilikan adalah diantara ibu/bapa dan anak sahaja.

Pasangan Yang Ada Anak Perempuan Sahaja

Golongan yang kedua adalah pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja, bahagian seorang anak perempuan adalah 1/2 dan jika ada lebih dari seorang anak perempuan, 2/3 akan dikongsi sama rata. 1/8 adalah milik isteri, ibu memiliki 1/6 dan ayah pula menerima 1/6 dan baki. 

Jika ibu dan ayah tiada bahagian mereka diwarisi oleh adik beradik si suami. Serupa dengan scenario diatas, situasi akan menjadi sukar kerana ada kemungkinan berlaku pertembungan diantara hak dan keperluan keluarga.

Pasangan Yang Ada Anak Angkat

Golongan ketiga adalah mereka yang mempunyai anak angkat. Anak angkat adalah bukan waris, maka tidak berhak mewarisi walaupun sesen. Waris adalah melalui, perkahwinan dan pertalian darah (nasab). Hibah lebih flesibel untuk pemberian kepada anak angkat kerana perancangan boleh dilakukan mengikut keperluan.

Pasangan Yang Tiada Anak

Golongan yang keempat adalah mereka yang berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata selepas sekian lama. Bahagian isteri, jika suami meninggal dahulu, adalah 1/4 atau 25%, baki 3/4 perlu dikongsi oleh waris asabah yang lain. 

Kerana suami mempunyai tanggungjawab untuk kelangsungan hidup isteri selepas kematian, sisuami boleh menhibahkan rumah atau wang megikut keperluan.

Pasangan Yang Masih Ada Ibubapa

Golongan kelima adalah golongan yang masih mempunyai ibu dah ayah. Ibu dan ayah adalah waris yang guarantee mendapat bahagian faraid.

Masalah timbul adalah dari sudut keperluan danpengurusan. Kebiasaannya ibu dan ayah si suami mempunyai rumah sendiri jarang mempunyai keperluan untuk hartanah, lebih berkeperluan untuk harta alih seperti wang untuk kegunaan harian, kesihatan dan ibadah. 

Oleh itu, perancangan penting untuk membahagikan harta kepada ibu bapa mengikut keperluan.

Walaupun mereka tidak meminta bahagian faraid pada pusaka harta tidak alih, keadaan akan menjadi rumit jika kematian mereka menyusul sebelum process pengurusan belum diselesaikan. 

Process ini boleh menjadi lebih rumit kerana bahagian ibu bapa beralih kepada adik beradik sisuami sabagai waris ibu dan ayah mereka. Keperluan merancang perlu untuk memastikan menepati keperluan dan mengelakkan faraid berlapis.

Pasangan Yang Ada Anak OKU

Golongan keenam adalah pasangan yang mempunyai anak OKU, anak OKU tiada upaya menjaga diri mereka sendiri dan bergantung hayat kepada ibubapa untuk kelangsungan hidup. Tiada bahagian extra untuk mereka mengikut faraid. 

Oleh itu perancangan penting kerana ibu bapa boleh memperuntukkan lebih bahagian utk anak ini dan melantik pemegang amanah harta untuk menjaga keperluan anak OKU ini lebih awal.

Individu Yang Berpoligami

Golongan ketujuh ada individu yang berpoligami. Para isteri akan berkongsi bahagian 1/8, jika 1 isteri dan punyai anak, 1/8, 2 isteri berkongsi 1/16 seorang, jika tiga 1/24 seorang dan jika 4 pula, bahagian isteri menjadi 1/32. 

Semua isteri mempunyai hak yang sama keatas pusaka walaupun berbeza tempoh perkhidmatan. Isteri yang baru berkahwin setahun mempunyai hak keatas rumah bungalow yang didiami oleh isteri pertama dan vise versa.

Pengalaman syarikat, semua kes berpoligami bermasalah dari sudut pewarisan. Penyelesaian melalui hibah lebih mudah dengan pembahagian dibuat mengikut keperluan dengan meletakkan hak pada tempatnya.

Individu Yang Sekian Lama Membujang

Golongan kelapan adalah golongan yang sekian lama membujang dan meningkat usia. Mereka selalunya mempunyai anak saudara yang mereka sayang seperti anak sendiri dan berniat untuk meninggalkan harta kepada mereka. 

Mereka juga digalakkan juga mengambil peluang membawa harta yang mereka miliki sebagai saham akhirat melalui sedaqah dan wakaf yang boleh dibuat melalui perancangan awal.

Pasangan Yang Ada Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Golongan kesembilan adalah golongan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan. Ramai ibubapa yang berhasrat menyama ratakan pembahagian kepada anak anak. Walaubagaimanapun bahagian anak lelaki adalah 2 berbanding 1 untuk anak perempuan. 

Ia perlu mendapatkan persetujuan anak lelaki untuk melepaskan hak faraid mereka. Hibah menjadi pilihan ibubapa jika ingin pembahagian dilaksanakan sama rata tanpa pelu mendapatkan persetujuan waris kelak.

Individu Yang Berkahwin Semula

Golongan kesepuluh adalah individu yang sudah sudah berumur yang sudah kematian isteri sekian lama berhasrat untuk mendirikan masjid dengan bakal isteri yang jauh lebih muda dari anak anaknya. 

Sesetengah anak mempunyai sentimen diatas harta ayah yang diperolehi semasa hayat arwah ibu mereka yang mungkin akan diwarisi oleh ibu tiri. Keperluan merancang awal sangat penting bagi mengelakkan situasi yang rumit di kemudian hari kelak diantara anak anak

Golongan Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji atau Umrah

Golongan kesebelas adalah mereka yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Haji. Keperluan untuk meninggalkan keluarga dalam keadaan yang teratur menjadi sebahagian dari ‘to do checklist’ untuk untuk memastikan mereka tenang menumpukan perhatian untuk mendapatkan haji/umrah yang mabrur. 

Perancangan yang baik mengambil masa, oleh itu persediaan awal perlu seawal bermulanya kursus haji utk memastikan kesemuanya teratur.

Ahli Perniagaan

Golongan kedua belas adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan adalah penjana ekonomi orang islam, pembayar zakat dan penyedia peluang pekerjaan bagi orang islam. Cabaran ahli perniagaan ini bukan sekadar bersaing dengan ahli pernigaan bukan islam yang lebih kukuh ekonominya kerana dapat beroperasi bergenerasi lama, tetapi berisiko untuk terkubur bersama pemiliknya apabila pemiliknya meninggal dunia

Waris faraid berhak keatas pemilikan syarikat tetapi bukan semua waris layak menahkodai perniagaan. Akhirnya syarikat yang telah lama dibina boleh lenyap sekelip mata jika tiada persiapan awal oleh pemilik. Hibah saham syarikat adalah antara solusi yang di perlukan oleh ahli perniagaan.

Kesimpulan

Andai anda tergolong dalam kategori ini, ambil tahu perancangan awal yang perlu anda sediakan.

jenis hibah bersyarat
Hibah

Jenis Hibah Bersyarat

Jenis Hibah Bersyarat Secara umumnya terdapat dua jenis hibah bersyarat yang biasa diamalkan iaitu hibah al-‘umra dan hibah al-ruqba. Table

Read More »
rukun hibah
Hibah

Rukun Hibah

Rukun Hibah Rukun hibah adalah asas penting dalam memastikan pemberian harta berlaku dengan sah dan berkesan. Ketahui elemen-elemen utama yang

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com