Apa Itu Hibah Bersyarat dan Hibah Harta Bercagar?

Picture of Umi Khlsom

Umi Khlsom

Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Alhamdulillah, ramai orang sudah dapat pendedahan berkenaan hibah. Tapi adakah anda tahu apa itu hibah bersyarat? Fahami dengan lebih jelas apa itu hibah bersyarat dan hibah harta bercagar. Maklumat ini amat penting buat mereka yang masih mempunyai hartanah dalam cagaran.

Table of Contents

Apa Itu Hibah Bersyarat?

Hibah bersyarat adalah satu akad pemberian hak milik harta semasa hidup secara sukarela kepada orang lain dengan meletakkan syarat terhadap pemberian tersebut. Contohnya, seorang ayah yang masih dalam keadaan sihat tubuh badan dan waras fikiran menghibahkan rumah yang dia milik kepada anak-anaknya dengan syarat sekiranya dia masih ada, dia masih boleh menikmati manfaat fizikal daripada rumah tersebut.

Hibah bersyarat akan membantu umat Islam dalam perancangan harta terutama sekali hartanah (rumah/tanah) yang bercagar. Hibah bersyarat amat berkait rapat dengan hibah harta bercagar. Bagi pemilik harta yang berhasrat untuk menghibahkan harta yang masih bercagar, anda boleh buat hibah bersyarat.

Apa Itu Hibah Harta Bercagar?

Harta bercagar adalah harta yang dibeli, diserah hak atau digadai pada institusi kewangan atau bank sebagai jaminan, sebagai menjamin kepentingan peminjam atau institusi kewangan yang membolehkan bayaran dikeluarkan kepada pemaju. Harta bercagar juga merujuk kepada harta yang masih dalam gadaian atau pinjaman contohnya rumah atau kereta yang masih belum habis bayar. 

Pada kebiasaanya, harta yang masih bercagar tidak boleh dihibahkan secara mutlak (tukar nama kepada nama penerima) selagi mana hutang-hutang ke atas harta ini belum diselesaikan. Meskipun tidak dapat dihibahkan secara mutlak, pemilik harta masih mempunyai pilihan lain iaitu dengan menghibahkan harta secara bersyarat.

Bolehkah hibahkan harta yang masih bercagar? Sudah pasti boleh.  Hibah harta yang masih dalam gadaian atau pinjaman adalah SAH sekiranya harta yang dihibahkan dilindungi oleh takaful MRTT/MLTT atau mendapat keizinan dari pembiaya.

“Fatwa ini telah diwartakan dalam Warta Sel. P.U.8 pada 8hb April 2021 dan Warta No. 1108 yang disiarkan pada 13hb Mei 2021. Fatwa ini selari dengan pendirian Wasiyyah Shoppe Berhad berkenaan hibah harta bercagar dan kedua-dua elemen ini sudah di masukkan ke dalam hibah yang kami laksanakan semenjak tahun 2015 lagi.” – Tuan Haji Ariffin Bin Sabirin, CEO Wasiyyah Shoppe Berhad

Kesimpulan

Akhir kata, rumah yang bercagar atau masih dalam pinjaman tidak boleh berpindah milik. Jadi buatlah hibah bersyarat agar bila pemilik meninggal dunia, rumah tersebut masih boleh didiami oleh ahli keluarga atau waris terdekat. Jika tidak kemungkinan rumah tersebut terpaksa di jual untuk membayar hak waris faraid yang lain. Malah telah banyak kes hibah diluluskan oleh Mahkamah Syariah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk membuat perancangan harta yang kita miliki.

Ilmu Pewarisan Harta

Waris Berebut Harta Pusaka

Waris Berebut Pusaka Buat apa kumpul harta banyak-banyak? Nanti waris berebut harta pusaka tanpa henti. Pernah anda terfikir atau terdengar

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com