Bagaimana Kaedah Pewarisan Orang Yang Hilang?
Bagaimana Kaedah Pewarisan Orang yang Hilang? Adakah anda pernah dengar tentang pewarisan orang yang hilang? Ianya juga dikenali sebagai al-mafqud.
Bachelor Degree in Finance, Shariah Registered Financial Planner, FPR (Securities Commission), Financial Adviser, FAR (BNM). Beliau juga merupakan perunding sepenuh masa dan penceramah bertauliah dalam bidang pewarisan harta Islam di Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2018.
Anda memiliki rumah? Pernah terfikir apa akan jadi jika anda meninggal dunia pada rumah tersebut dalam pembahagian faraid? Ingin tahu kenapa perlu hibah rumah?
Teruskan membaca, saya sediakan 6 fakta berkenaah hibah rumah. Dan saya yakin anda akan rasa tak senang duduk dan ingin terus bertindak.
Rumah merupakan aset yang mempunyai nilai yang tinggi.
Bagi mengelakkan rumah menjadi perebutan dikalangan waris-waris lain, langkah terbaik adalah dengan menghibahkan rumah kepada orang yang kita sayang.
Sekiranya rumah atas 2 nama dan tiba-tiba berlaku perceraian, ianya akan lebih merumitkan apabila hendak membuat tuntutan harta sepencarian. Sebaiknya buat hibah ketika keluarga masih bahagia dan pemilik harta masih sihat.
Rumah adalah harta tak alih dan dari segi fizikalnya ianya susah untuk dibahagi-bahagikan kepada waris lain berbanding harta alih seperti duit.
Apabila berlaku kematian dan rumah tidak dihibahkan, rumah tersebut perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. Setiap individu itu mempunyai struktur faraid yang berbeza. Sebagai contoh, Ali Chan seorang mualaf dan meninggalkan:
Bahagian waris faraid Ali adalah:
Namun begitu, isteri boleh mohon harta sepencarian sekiranya ada sumbangan terhadap rumah tersebut.
Boleh. Perlu buat hibah bersyarat. Walaubagaimanapun, hibah bersyarat dapat dilaksanakan jika pinjaman tersebut dilindungi takaful / insuran atau adanya jaminan dari penerima hibah untuk melangsaikan hutang rumah sekiranya ada lagi baki pinjaman.
Sebaiknya semak semula takaful gadai janji supaya baki pinjaman rumah dapat dilunaskan sepenuhnya oleh Syarikat Takaful dan waris tidak terbeban dengan hutang rumah tersebut.
Jika dalam Perjanjian jual beli rumah terdapat 2 nama, pemilikan rumah adalah sama rata. Iaitu bahagian suami 50% dan isteri adalah 50%.
Sebagai contoh suami meninggal dunia, rumah tersebut bukan milik isteri sepenuhnya. Ini adalah kerana bahagian 50% suami perlu dibahagikan mengikut faraid.
Solusi ini adalah untuk yang ada rumah yang mempunyai 2 nama. Suami dan isteri perlu membuat dokumen pengisytiharaan hibah. Iaitu suami hibah rumah kepada isteri dan isteri hibahkan rumah kepada suami.
Hal ini bagi mengelakkan daripada berlaku persengketaan dikalangan waris jika ada perebutan harta dikemudian hari.
Satu rahmat sekiranya ada muafakat dikalangan waris-waris. Namun begitu jika tiada muafakat, pembahagian perlu dibuat mengikut hukum faraid. Lebih perit lagi, apabila rumah yang menjadi tempat isteri dan anak-anak berteduh terpaksa dijual.
Anda sebagai pemilik harta perlu membuat keputusan sebaiknya. Keputusan anda adalah penentu masa depan orang-orang tersayang.
Mengapa perlu ambil risiko sekiranya anda boleh mengubahnya sekarang. ‘Rancang Mengikut Syariat. Keluarga Mendapat Berkat.’
Mengapa perlu ambil risiko sekiranya anda boleh mengubahnya sekarang.
‘Rancang Mengikut Syariat. Keluarga Mendapat Berkat.’
Sediakan Dokumentasi Hibah hari ini bersama kami.
Bagaimana Kaedah Pewarisan Orang yang Hilang? Adakah anda pernah dengar tentang pewarisan orang yang hilang? Ianya juga dikenali sebagai al-mafqud.
Waris Saman Kerana Harta Pusaka Seringkali terpampang di dada akhbar berita waris saman kerana harta pusaka. Kenapa ini sering terjadi?
Rukun dan Syarat Wasiat Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan
Tanggungjawab Terhadap Anak Yatim Setelah si ayah meninggal dunia, siapa sebenarnya yang menggalas tanggungjawab terhadap anak yatim tersebut? Adakah ibu
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami