Apakah Beza Wasiat dan Hibah?
Apa Beza Wasiat dan Hibah? Tahukah anda apa beza wasiat dan hibah? Dokumen wasiat dan hibah mempunyai fungsi yang berbeza
Anak kelahiran Selangor ini merupakan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Komputer) dan telah memulakan kerjaya sebagai Jurutera Perisian pada tahun 2004. Namun, beliau kini merupakan perunding sepenuh masa dan penceramah bertauliah dalam bidang pewarisan harta Islam di Wasiyyah Shoppe sejak tahun 2016.
Adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat yang mempunyai ramai pemegang saham terpaksa ditutup apabila terdapat rakan kongsi meninggal dunia. Kes ini sering terjadi apabila mereka juga didaftarkan sebagai pemilik syarikat.
Biasanya, syarikat bukan milikan tunggal iaitu syarikat yang mempunyai rakan kongsi perniagaan, adalah disebabkan syarikat tersebut ditubuhkan sebelum tahun 2016 iaitu ketika Akta Syarikat 1965 masih digunapakai. Dalam akta ini mewajibkan pemegang saham bagi sesebuah syarikat hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang.
Namun demikian, selepas Akta Syarikat 2016 diperkenalkan, syarat ini sudah dimasuhkan. Walaupun begitu, masih banyak syarikat baru dan syarikat sedia ada mengekalkan bilangan pemegang saham yang ramai, mungkin disebabkan oleh sifat perniagaan (nature of business),keperluan modal, dan kemahiran dan lain-lain faktor.
Walaupun dimiliki oleh ramai pemegang saham, bukanlah bermakna semua pemegang saham aktif dalam menyumbang kepada pengurusan dan operasi syarikat. Terdapat juga pemegang saham yang hanya menyumbang dalam bentuk keperluan modal dan mereka lebih dikenali sebagai rakan kongsi tidur atau “sleeping partner”.
Saya bukanlah pakar dalam bidang penubuhan atau operasi perjalanan syarikat, tetapi sebagai perunding pewarisan harta, saya kerap melihat isu-isu yang menganggu operasi syarikat apabila salah seorang pemilik syarikat meninggal dunia. Apabila saya menyebut “mengganggu”, apa yang saya maksudkan adalah syarikat terpaksa TUTUP KEDAI walaupun yang meninggal dunia tersebut adalah rakan kongsi yang hanya statusnya “sleeping partner”.
Secara umumnya, apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa sebarang perancangan pembahagian harta seperti hibah, wasiat dan amanah, setiap satu hartanya akan dibahagi-bahagikan kepada waris-waris yang berhak menurut kiraan faraid. Ini termasuklah saham syarikat yang menjadi teras penubuhan kepada sebuah syarikat.
Cuba lihat contoh pemilikan saham syarikat yang dimiliki oleh Ali dan Samad di bawah:
Berikut adalah pecahan pemilikan saham selepas kematian Samad:
SEBELUM kematian Samad, sebarang keputusan berkaitan halatuju dan perjalanan syarikat dibuat oleh mereka berdua sahaja. Soal menentukan pengurusan syarikat, lantikan lembaga pengarah, pengeluaran kos dan penggajian pekerja, perjanjian, pinjaman dan sebagainya dibuat tanpa campur tangan pihak lain.
SELEPAS kematian Samad, sebarang keputusan kini melibatkan ramai pihak iaitu semua waris-waris Samad kerana mereka kini juga merupakan pemilik sah syarikat.
Persoalannya, bagaimanakah persetujuan dapat dicapai jika terlalu ramai pihak yang terlibat? Adakah semua waris-waris tahu dan mahir dalam bidang perniagaan? Adakah mereka juga faham mengenai operasi syarikat.
Kesannya, perjalanan syarikat akan terganggu dan boleh menyebabkan syarikat bungkus jika tiada jalan penyelesaian. Inilah yang banyak terjadi kepada syarikat-syarikat Melayu kerana kurangnya persediaan oleh pemilik dalam isu pewarisan harta.
Jika pemilik syarikat ingin memastikan perjalanan syarikat berjalan lancar seandainya berlaku kematian ke atas rakan kongsi yang lain, ada 2 perkara utama yang perlu dilakukan iaitu:
Isu pertama iaitu dalam menentukan waris bagi saham syarikat, kaedah perancangan pembahagian harta mesti dilakukan. Bagi orang Islam kaedah terbaik adalah dengan cara menghibahkan saham syarikat tersebut kepada sesiapa yang anda mahu, mengikut keperluan dan perancangan anda.
Hibah boleh dilakukan secara terus kepada waris yang dipilih atau dilakukan secara hibah amanah iaitu penerima hibah hanyalah sebagai pemegang amanah yang mewakili waris yang lain.
Selain itu kaedah yang lebih kompleks boleh dilakukan dengan cara pembentukan “yayasan keluarga” atau pun kaedah “family office” di mana syarikat akan diuruskan oleh sekumpulan individu yang terpilih sama ada daripada kalangan waris, ahli keluarga, kenalan, pekerja syarikat atau pihak profesional. Insyaallah kaedah-kaedah ini akan saya sentuh dalam posting seterusnya. Silalah follow page ini.
Isu kedua yang memerlukan tindakan semasa hidup oleh pemilik-pemilik syarikat adalah memastikan PROSES pertukaran hak milik saham kepada waris-waris berjalan lancar. Proses pertukaran ini akan menjadi sebahagian daripada proses tuntutan pusaka. Antara masalah pertama yang sering timbul dalam proses tuntutan pusaka adalah menentukan siapakah pentadbir harta pusaka yang akan mewakili waris-waris lain.
Jika tiada kata sepakat diperolehi oleh semua waris dalam memilih pentadbir, berkemungkinan besar proses tidak dapat dimulakan langsung kerana isu memilih pentadbir adalah perkara yang utama dalam proses tuntutan pusaka. Dalam kes-kes melibatkan struktur waris yang kritikal seperti poligami, anak perempuan sahaja, masih mempunyai ibu ayah, mualaf, muafakat memilih pentadbir adalah satu perkara yang sangat genting yang selalu mencetuskan perbalahan.
Oleh itu, sangat penting bagi pemilik untuk menentukan pentadbir pusakanya semasa beliau masih hidup bagi mengelakkan pusaka tidak dapat diuruskan dan menyebabkan proses pertukaran hak milik saham tidak dapat dilakukan.
Pemilihan pentadbir boleh dilakukan dengan membuat wasiat melantik pentadbir yang terikat di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Selain daripada soal memilih pentadbir, pemilik juga harus bersedia dalam soal kos pengurusan pusaka, terutama bagi pusaka yang dikategorikan sebagai Pusaka Besar (Mahkamah Tinggi Sivil).
Bagi harta pusaka dalam kategori ini, biasanya isu kos sangat memberi kesan kepada proses pengurusan pusaka kerana melibatkan jumlah yang tinggi. Secara purata, kos pengurusan pusaka adalah sekitar 3% hingga ke 10% daripada nilaian SEMASA keseluruhan harta pusaka.
Sebagai contohnya jika nilaian pusaka adalah RM 3 juta, maka kos pengurusan pusaka adalah antara RM 90K ke RM 300K. Katakanlah ANDA sendiri yang merupakan salah seorang waris, sanggupkan anda mengeluarkan puluhan ke ratusan ribu ringgit sedangkan pusaka itu bakal dinikmati oleh waris-waris yang lain juga? Jika kos ini hendak dikongsi bersama tetapi ada yang tidak mahu bekerjasama, maka masalah tidak selesai.
Mengikut pengalaman saya, bukan mudah untuk waris-waris bermuafakat untuk sama-sama menanggung kos ini. Isu kos juga berkait rapat dengan masa. Kadang-kala walaupun masalah kos dapat diselesaikan, tetapi tiada siapa yang sanggup mengorbankan MASA untuk menguruskannya.
Proses tuntutan pusaka ini adalah proses yang sangat rumit terutama bagi harta pusaka yang melibatkan pemilikan syarikat.
Oleh itu, sebaik-baiknya pemilik itu sendiri menyediakan kos pengurusan pusaka supaya tidak menjadi beban dan punca pergaduhan kepada waris-waris yang ditinggalkan. Kaedah terbaik adalah dengan mengambil KHAIRAT PUSAKA di mana proses pusaka akan diuruskan oleh pihak yang profesional tanpa cas kepada waris-waris kerana ditampung oleh tabung khairat. Kaedah ini ternyata sangat menjimatkan dan memudahkan waris-waris.
Kesimpulannya, tindakan dan persediaan awal oleh semua pemegang saham amat diperlukan bagi memastikan perjalanan syarikat berjalan lancar andai berlaku kematian kepada salah seorang daripada mereka.
Apa Beza Wasiat dan Hibah? Tahukah anda apa beza wasiat dan hibah? Dokumen wasiat dan hibah mempunyai fungsi yang berbeza
Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka? Adakah anak yang membunuh ibunya disebabkan harta terhalang daripada menerima harta pusaka? Kami kupaskan
5 Solusi Pembahagian Faraid Arwah Suami Apabila berlaku kematian kepada suami, bagaimana sebenarnya kaedah pembahagian faraid arwah suami? Pasti ada
6 Fakta Kenapa Perlu Hibah Rumah Anda memiliki rumah? Pernah terfikir apa akan jadi jika anda meninggal dunia pada rumah
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami