Waris Berebut Pusaka

Picture of Suriani Daut

Suriani Daut

Bachelor Degree in Economics, Shariah Registered Financial Planner, FPR (Securities Commission), FAR (BNM), Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pewarisan harta dan 17 tahun dalam bidang kewangan

Buat apa kumpul harta banyak-banyak? Nanti waris berebut harta pusaka tanpa henti. Pernah anda terfikir atau terdengar penyataan ini? Tepat atau tidak pandangan tersebut?

Table of Contents

Pengenalan

Di dalam Islam meninggalkan ahli waris dalam keadaan berharta lebih baik daripada keadaan meminta-minta.
 
Pakar ekonomi Prof Dr Barjayai Bardai berkata, Melayu ketinggalan dari segi pendapatan, pemilikan hartanah, ekuiti, profesional (kurang 20%), selain bidang perniagaan yang menyaksikan 96% dari mereka hanya peniaga kecil. Pemikiran Melayu tidak perlu mengumpulkan harta perlu diperbetulkan kerana mengikut Islam, mencari kekayaan itu adalah ibadah dan jihad.
 
Jika dilihat di luar negara, 50%-70% punca kekayaan datang dari pewarisan harta secara turun temurun. Ibu dan bapa mewariskan harta mereka kepada anak-anak. Anak-anak pula mewariskan harta kepada generasi seterusnya. Generasi akan datang terus mengembangkan kekayaan mereka kepada keturunan seterusnya.
 
Berbeza dengan kaum Melayu, banyak harta yang beku terutama hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi tidak sampai kepada waris yang berhak. Kekurangan ilmu pewarisan harta, masalah kewangan serta pergaduhan merebut harta sesama waris menjadi punca RM70 bilion harta beku di Malaysia dan 90% daripadanya milik orang Islam.
berebut harta pusaka

Waris Berebut Harta Pusaka

Di Malaysia sahaja sudah terdapat pelbagai masalah dalam pengurusan pusaka kerana perancangan tidak dilakukan sehingga menyebabkan pusaka terbeku dan tidak dapat dimanfaatkan.

Situasi di Malaysia

Di Malaysia, kita dapat menyaksikan perancangan kewangan kaum Cina sudah 20 tahun ke hadapan berbanding kaum-kaum yang lain. Harta mereka terus berkembang dari satu generasi kepada generasi akan datang. 

Perniagaan mereka bermula kecil pada generasi yang pertama dan terus berkembang maju pada generasi seterusnya . Contoh yang kita boleh lihat seperti Boon Siew, Genting, Berjaya dan lain-lain.

Malangnya ada ahli perniagaan Melayu tidak berfikir sedemikian. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup selepas kematian pemilik harta. Jika difikirkan semula, ahli perniagaan Melayu antara golongan yang banyak menyumbang untuk pembangunan ekonomi Islam. 

Mereka membayar zakat dalam jumlah yang besar serta menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Kesimpulan

Akhirnya, bagi kaum Melayu jika mereka memulakan perniagaan, perniagaan itu akan turut mati bersama pemilik harta. Perebutan saham syarikat sering terjadi kerana pemilik harta tidak membuat perancangan harta mengikut kaedah yang betul.
 
Akibatnya perniagaan tersebut gagal berkembang kerana konflik dalaman syarikat. Waris mereka perlu bermula dari bawah semula. Alangkah baiknya jika perniagaan itu dapat kepada waris dalam keadaan yang berkembang dan waris hanya perlu memajukan perniagaan tersebut menjadi lebih besar.
jenis hibah bersyarat
Hibah

Jenis Hibah Bersyarat

Jenis Hibah Bersyarat Secara umumnya terdapat dua jenis hibah bersyarat yang biasa diamalkan iaitu hibah al-‘umra dan hibah al-ruqba. Table

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com