
Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich
Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich Generasi Sandwich: anda ialah tulang belakang antara dua generasi, menanggung ibu bapa yang semakin uzur,
Bachelor Degree in Economics, Shariah Registered Financial Planner, FPR (Securities Commission), FAR (BNM), Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pewarisan harta dan 17 tahun dalam bidang kewangan
Seringkali apabila berlaku kematian si bapa, ibu yang akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada anak yatim yang ditinggalkan. namun, siapakah yang sebenarnya yang layak untuk urus harta anak yatim dan bertanggungjawab terhadap mereka?
Antara isu yang jarang dibincangkan oleh masyarakat, sekiranya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun menerima harta pusaka berdasarkan hukum faraid, hibah atau wasiat, maka seorang penjaga harta perlu dilantik bagi memegang harta itu secara Amanah.
Mengikut undang-undang Malaysia, kuasa melantik penjaga harta ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui Seksyen 88 Akta Pentadbiran Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan enakmen pentadbiran keluarga Islam negeri-negeri bagi seksyen yang berkenaan.
Sungguh pun hak terhadap hadhanah atau jagaan anak mungkin terletak hak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu:
(a) datuk lelaki di sebelah bapa;
(b) wasi yang dilantik menurut wasiat bapa;
(c) wasi kepada wasi bapa;
(d) wasi datuk lelaki di sebelah bapa;
(e) wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa:
Dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman, dan boleh dipercayai.

Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich Generasi Sandwich: anda ialah tulang belakang antara dua generasi, menanggung ibu bapa yang semakin uzur,

Bersiap Untuk Haji dan Amanah Yang Kita Tinggalkan Tahniah kepada semua bakal dhuyufurrahman yang terpilih menunaikan Haji 1446H. Semoga Allah

Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin Ramai yang fikir, perancangan harta individu tidak berkahwin adalah tidak penting. Tapi realitinya, mereka mungkin antara

Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan. Ia adalah
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami