Apakah Beza Wasiat dan Hibah?
Apa Beza Wasiat dan Hibah? Tahukah anda apa beza wasiat dan hibah? Dokumen wasiat dan hibah mempunyai fungsi yang berbeza
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Hibah ialah konsep dalam perundangan Islam yang mula diaplikasikan dalam muamalat Islam. Konsep ini merupakan salah satu kaedah muamalat Islam yang telah digunakan sebagai instrumen perancangan harta umat Islam di Malaysia.
Hibah dari segi jamaknya disebut al-hibaat berasal daripada kata kerja “wahaba” yang bermaksud tabarru’ atau sukarela.
“Hibah menurut istilah fiqh bermaksud pemberian hak milik kepada seseorang tanpa balasan (iwad) sewaktu hidupnya. Hibah, hadiah dan sedekah mempunyai makna yang hampir sama”
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/175)
Di dalam al-Fiqh al-Manhaji:
“Hibah merupakan satu kontrak perjanjian (akad) bertujuan kepada pemindahan hak milik tanpa sebarang gentian (iwad) ketika masih hidup dan ia dilakukan secara sukarela”
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 6/115)
Hibah boleh dilakukan ke atas apa sahaja harta milik pemberi seperti rumah, barang kemas, akaun simpanan, kenderaan, akaun tabung haji dan lain-lain harta yang bernilai kepada siapa- siapa sahaja mengikut hasrat pemberi hibah.
Terdapat dalil al-Quran, Sunnah serta Ijma’ dalam galakan berhibah bagi membantu dan mengeratkan lagi tali silaturrahim.
Firman Allah SWT:
فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
Maksudnya: Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
(Surah al-Nisa, 4)
Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan,
sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/176)
Hadis Nabi SAW:
تَهَادَوْا تَحَابُّوا
Maksudnya: “Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih-sayang.”
Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ secara mursal (2/908)
Ijma’ para fuqaha’
bahawa sebarang bentuk hibah adalah disunatkan. Namun ia akan berubah menjadi haram sekiranya tujuan hibah itu kerana kemaksiatan atau membantu kezaliman serta bertujuan untuk rasuah. Begitu juga, hibah akan menjadi makruh sekiranya bertujuan untuk riak dan sombong.
(Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/122)
Dalam kehidupan seorang Muslim, konsep hibah memainkan peranan penting dalam pengurusan harta, mencerminkan nilai-nilai keadilan dan kemurahan hati. Hibah, sebagai bentuk pemberian harta secara sukarela, bukan sahaja memperkukuhkan hubungan kekeluargaan tetapi juga memastikan pengagihan harta yang adil mengikut kehendak pemilik.
Dengan merancang dan mendokumentasikan hibah dengan teliti, seseorang dapat mengelakkan perselisihan di kemudian hari serta memastikan harta diagihkan mengikut prinsip syariah.
Ini membantu menguatkan nilai amanah dan keikhlasan dalam urusan harta, serta memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Akhirnya, hibah menggariskan amalan yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga dan agama.
Apa Beza Wasiat dan Hibah? Tahukah anda apa beza wasiat dan hibah? Dokumen wasiat dan hibah mempunyai fungsi yang berbeza
Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian? Setelah kita faham dan jelas tentang
Kenapa Perempuan Dapat Sikit Pembahagian Faraid Faraid itu cukup sempurna jika diamalkan dengan cara yang betul. Malangnya pada zaman sekarang
Tuntutan Harta Pusaka Besar Apa yang terjadi apabila si arwah meninggalkan harta lebih daripada RM5 juta. Ianya dikenali sebagai harta
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami