Rukun Hibah
Nur Ain Zafirah Akib
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Table of Contents
Rukun Hibah
Hibah dikira sah sekiranya memenuhi syarat-syarat dan rukunnya. Berikut adalah rukun-rukun dan syarat hibah;
- Pemberi Hibah
- Pemilik kepada barangan;
- Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
- Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.
- Penerima Hibah
- Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
- Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan
- Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).
- Barang yang dihibah
- Wujud ketika hibah dibuat;
- Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
- Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.
- Sighah (lafaz akad hibah)
- Ijab dan qabul; dan
- Tidak bertempoh.
Al-Qabd (Penerimaan Hibah)
Apabila sempurna akad hibah ijab dan qabul, akan tetapi belum menerima hibah tersebut maka ia masih lagi belum berpindah hak milik. Oleh itu, pemberi boleh menarik balik hibah tersebut selagi mana hibah tersebut tidak sampai ke tangan penerima.
Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan:
“Tidak dikira sebagai hak milik penerima selagi mana belum menerima hibah (qabd). Oleh itu, pemberi boleh menarik semula pemberiannya”.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie’, 3/182)
Oleh itu, Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya. Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang
