4 Langkah Pembahagian Faraid Pusaka Berlapis
4 Langkah Pembahagian Faraid Pusaka Berlapis Keluarga anda mengalami situasi pembahagian faraid pusaka berlapis? Di sini kami kongsikan contoh kes
Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Keluarga anda mengalami situasi pembahagian faraid pusaka berlapis? Di sini kami kongsikan contoh kes dan langkah-langkah yang perlu diambil agar pembahagian faraid dapat dilaksanakan dengan adil dan tepat.
Soalan: Saya seorang balu mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Suami meninggal pada tahun 2020, arwah ada rumah dan tanah tetapi geran tersebut atas nama suami dan dua orang adik perempuannya. Macam kompleks nak kira pembahagian faraid ni.
Adik perempuan yang pertama meninggal dunia lebih dulu daripada arwah suami iaitu pada tahun 2016. Adik perempuan ada tinggalkan dua orang anak perempuan. Baru-baru ini, adik perempuan bongsu pula meninggal dunia.
Tapi adik bongsu tidak berkahwin. Selepas adik bongsu meninggal dunia, dua orang anak saudara (anak kepada adik perempuan yang meninggal dulu) kata bahawa ibu saudara mereka telah mewasiatkan bahagian rumah dan tanah kepada mereka berdua.
Persoalannya;
Untuk menjawab soalan sebelum ini, kita letakkan nama kepada watak utama untuk memudahkan pembaca mengenal pasti waris-waris.
Pada asalnya rumah dan tanah tersebut dimiliki oleh suami balu (En Amir), dan dua orang saudara perempuan kandung En Amir iaitu Puan Hanis dan Cik Liyana. Jika pemilikan dalam geran adalah secara sama rata, maka setiap daripada mereka berhak 1/3 bahagian daripada harta tersebut. Contohnya nilai rumah dan tanah berjumlah RM 300,000.
Bahagian semasa hidup adalah seperti berikut:
Dalam kes ini, ketiga-tiga pemilik asal harta telah meninggal dunia. Maka apabila berlaku kematian, harta yang ditinggalkan perlulah diberikan kepada waris-waris si mati.
Siapakah waris sebenar adik bongsu En Amir (Cik Liyana)?
Sebelum menjawab persoalan ini, kita lihat dahulu waris-waris mereka yang meninggal lebih dulu. Antara ketiga-tiga pemilik harta, Puan Hanis meninggal dunia terlebih dahulu iaitu pada tahun 2016.
Waris Puan Hanis adalah seperti berikut:
Seterusnya pada tahun 2020, Encik Amir telah meninggal dunia, waris-waris Encik Amir adalah seperti berikut:
Dan terakhir Cik Liyana, dia telah meninggal dunia pada tahun 2022. Memandangkan Cik Liyana tidak berkahwin, ibu bapa dan adik-beradik Cik Liyana juga telah tiada, maka waris yang layak mewarisi pusaka Cik Liyana hanyalah anak-anak lelaki Encik Amir.
Setiap waris layak mewaris bahagian seperti berikut:
Anak-anak perempuan Puan Hanis memaklumkan bahawa ibu saudara mereka iaitu Cik Liyana telah mewasiatkan hartanya kepada mereka berdua.
Untuk persoalan ini, wasiat yang telah dibuat oleh Cik Liyana sah sekiranya ada bukti yang jelas bahawa dia telah mewasiatkan hartanya kepada anak-anak saudara perempuan. Wasiat tersebut sah kerana anak-anak perempuan Puan Hanis bukanlah waris faraid beliau.
Tetapi wasiat Cik Liyana hanya terhad 1/3 daripada harta pusaka yang dia tinggalkan, bukan keseluruhan harta pusaka melainkan jika mendapat persetujuan daripada waris-waris pembahagian faraid Cik Liyana iaitu anak-anak lelaki Encik Amir.
Jadi macam mana nak bahagikan harta pusaka tersebut sekiranya waris-waris sukar bermuafakat. Kaedah terbaik adalah melalui pembahagian faraid.
Apabila sebut pasal rumah dan tanah, nak bahagi ikut pembahagian faraid bukanlah sesuatu yang mudah.
Oleh itu langkah pertama yang perlu di ambil oleh waris-waris adalah dapatkan surat kuasa mentadbir dan perintah pembahagian daripada institusi yang mempunyai bidang kuasa tersebut.
Jika terdapat kematian, segerakanlah urusan pengurusan pusaka agar tidak menjadi masalah di kemudian hari. Jika berlaku kematian di kalangan waris pusaka, masalah pembahagian akan menjadi semakin sukar untuk diuruskan
4 Langkah Pembahagian Faraid Pusaka Berlapis Keluarga anda mengalami situasi pembahagian faraid pusaka berlapis? Di sini kami kongsikan contoh kes
5 Solusi Pembahagian Faraid Arwah Suami Apabila berlaku kematian kepada suami, bagaimana sebenarnya kaedah pembahagian faraid arwah suami? Pasti ada
Kaedah Terbaik Persediaan Urus Harta Pusaka Bukan mudah untuk urus harta pusaka selepas berlaku kematian. Sebaiknya kita lakukan persediaan urus
Apa Itu Hibah Bersyarat dan Hibah Harta Bercagar? Alhamdulillah, ramai orang sudah dapat pendedahan berkenaan hibah. Tapi adakah anda tahu
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami