Fahami bagaimana khairat pusaka boleh membantu menjamin masa depan waris anda dengan pengurusan harta yang teratur.
Pada tahun 2020 sahaja, sejumlah RM70 bilion harta pusaka yang dibekukan adalah milik umat Islam dan sebahagian besar daripada harta yang beku itu adalah dalam bentuk hartanah dan wang.
Jumlah ini jika disimpan di dalam bank, dividennya sahaja boleh membiayai kos pengurusan 10 universiti selama 20 tahun!
Waris tidak mengetahui tentang hukum-hukum berkaitan harta pusaka ; siapa yang layak terima dan berapa bahagian mereka, tuntutan hutang ke atas harta pusaka.
Ini menyebabkan timbul perselisihan di antara waris yang menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas.
Biasa berlaku di mana waris tidak tahu apa proses yang perlu dilalui, di mana ingin bermula, apa borang yang perlu diisi, apa dokumentasi yang perlu dilampirkan, apa proses yang perlu dilalui. Waris juga tidak faham bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad.
Waris tak tahu di mana proses tuntutan perlu difailkan, apatah lagi jika waris yang ditinggalkan ibubapa yang telah lanjut usia atau anak-anak yang masih kecil.
Untuk melalui proses perundangan di atas , waris tiada masa kerana mereka perlu berurusan dengan agensi – agensi di atas pada hari dan waktu bekerja.
Ini menyebabkan ada waris yang tepaksa mengambil cuti bagi menguruskan urusan pusaka dan ini membebankan waris.
Oleh kerana proses pengurusan pusaka ini tidak mudah, maka fi pengurusan pusaka yang dikenakan pihak ketiga juga tidak murah. Ia boleh melibatkan kos dari 1% sehingga 5% dari nilai harta pusaka kasar.
Fi ini tidak termasuk fi rampaian yang mungkin timbul dari pengurusan kes ini. Fi-fi ini sama ada ditolak dari harta pusaka atau perlu dibayar oleh waris sekiranya simati tidak meninggalkan harta tunai dari harta pusakanya. Ini membebankan waris.
Dengan penjimatan sehingga 90% daripada kos pengurusan pusaka, perkhidmatan ini memberikan manfaat kepada pelanggan semasa hidup dan manfaat kepada waris selepas kematian pelanggan
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami