Hibah Takaful Bukan Solusi Lengkap Pengurusan Pusaka

Picture of Umi Khlsom

Umi Khlsom

Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Hibah takaful semata-mata tidak menjamin urusan pusaka anda akan selesai sepenuhnya. Adakah anda pasti dengan pampasan hibah takaful, ianya dapat membantu waris-waris anda menyelesaikan semua urusan pusaka anda?

Table of Contents

Pengenalan

Alhamdulillah, ramai orang Islam khususnya telah mula dapat pendedahan berkenaan kepentingan hibah dalam pengurusan harta pusaka. Namun sering juga saya mendengar salah faham tentang apa itu hibah takaful sebenarnya.

Bila ditanya adakah sudah menyediakan perancangan harta, jawabnya terus;

“Sudah…. saya dah buat hibah takaful”.

Bagus…. tapi jangan berhenti setakat itu sahaja.

Kenapa saya cakap macam tu?

Ramai antara kita ambil takaful dengan niat:

  • Nak selesaikan urusan pusaka
  • Nak bayar hutang seperti baki pembiayaan rumah
  • Nak pastikan anak-anak ada sumber kewangan berterusan untuk meneruskan kehidupan
  • Nak buat amal jariah

 

Tapi masa isi borang takaful, tiada pula ruangan untuk nyatakan semua hasrat itu. Yang ada hanya isikan maklumat penerima/penama dan turunkan tandatangan.

Itu sahaja.

Kesian…sebenarnya ramai yang ambil takaful tapi dah buat kesilapan.

Tahukah anda bahawa pampasan takaful tu akan diberi kepada penerima/penama hibah itu 100%?

Kalau penerima tu tak apa lagi, memang dah hak dia dapat hibah sebagai hadiah. Tapi yang si penama tu, penama ni tugasnya pentadbir harta sahaja. Dapat penama yang amanah tak apa lagi. Ini tidak, ada kes dimana penama buat-buat senyap terima pampasan sebab waris lain pun tak tahu.

Jadi apa gunanya ambil takaful ???

hibah takaful

Seperti anda boleh lihat gambarajah sebelah, sebelum harta difaraidkan, harta tersebut perlu melalui proses berikut:

  • Perbelanjaan pengurusan jenazah
  • Langsaikan hutang-hutang yang ada
  • Selesaikan cukai/zakat yang tertangguh
  • Tuntutan harta sepencarian (jika ada)
  • Lunaskan wasiat bertulis arwah (jika ada)
  • Baki yang tinggal itu barulah difaraidkan

 

Jika semua check point tak diselesaikan, sampai sudahlah harta tu terbeku dan tak difaraidkan. Itu yang jadi punca harta pusaka terbeku sampai berlapis-lapis dan bergenerasi waris-waris.

Apakah penyelesaian holistik dalam hal ini?

Sebelum kita pergi lebih mendalam, eloklah kita fahamkan dulu asas apa itu hibah takaful.

Apa Itu Hibah Takaful?

Takaful berasal daripada perkataan arab kafala yang bermaksud menjaga. Takaful secara bahasanya bermaksud saling menjaga, dimana peserta-peserta takaful saling mencarum/menyumbang dalam tabung Tabarru’ . Dimana tabung ini akan bantu peserta yang ditimpa musibah dalam bentuk pampasan wang tunai.

Hibah pula bermaksud hadiah.

Oleh itu, gabungan dua terma ini membawa maksud hadiah atau pemberian secara kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa mengharapkan belas ehsan semasa hidup dalam bentuk wang pampasan takaful.

Penerima Manfaat Hibah Takaful

Penerima manfaat atau beneficiary dalam hibah takaful ada dua iaitu

  1. Wasi atau
  2. Penerima hibah


Jadi, pencarum perlu buat pilihan sama ada hendak tetapkan beneficiary hibah takaful tu sebagai wasi atau penerima hibah.

Beza antara keduanya adalah pemilikan mutlak.

Penerima hibah mempunyai pemilikan mutlak 100% terhadap wang pampasan hibah takaful, jadi tidak tertakluk pada pembahagian faraid. Manakala wasi pula hanya sebagai pentadbir harta sahaja dan tidak mempunyai hak mutlak terhadap wang pampasan itu.

Wasi bertanggungjawab untuk selesaikan setiap checkpoint yang diterangkan sebelum ini sebelum wang itu difaraidkan.

Hibah Takaful di Malaysia

Hibah takaful mula diperkenalkan dalam industri takaful dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI 2013) dan telah disahkan oleh undang-undang dalam Jadual 10 (AKPI 2013).

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia telah memutuskan bahawa:

  1. Pampasan takaful boleh dihibahkan kepada penerima yang dikehendaki kerana hak mutlak pencarum.
  2. Pampasan takaful yang dihibahkan tidak dikira sebagai harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan.
  3. Pencarum bebas membatalkan penerima dalam tempoh pencarum masih hidup dan takaful masih berkuatkuasa.
  4. Pencarum boleh membatalkan penerima hibah dan menamakan pihak lain yang dikehendaki sebagai penerima.
  5. Borang penamaan takaful perlu disertakan dan dinyatakan dengan jelas sama ada sebagai penama wasi atau penerima hibah.

Lengkapkan Hibah Takaful dengan Dokumen Terma dan Syarat

Dah fahamkan pasal hibah takaful?

Jadi sekarang ni, kita tinggal tambah satu langkah sahaja untuk pastikan hibah takaful tu melengkapkan hasrat kita atau pencarum iaitu dengan pastikan ada Dokumen Terma dan Syarat.

Hibah takaful dengan terma dan syarat, besar manfaatnya.

Jika diikutkan, penerima hibah tiada kewajipan untuk membayar hutang pemberi hibah. Oleh sebab itu, hibah takaful ini perlu diikat sekali bersama dokumen terma dan syarat bagi memastikan hasrat dan pesanan pemberi hibah takaful akan terlaksana.

Tidak sia-sia jika kita melanggan hibah takaful tetapi mesti diikat bersama terma dan syarat, InsyaAllah dengan cara ini kita dapat melunaskan hutang-hutang yang ditinggalkan.

jenis-jenis wasiat
Ilmu Pewarisan Harta

Jenis-Jenis Wasiat

Jenis-Jenis Wasiat Terdapat beberapa jenis wasiat yang boleh ditinggalkan sebagai panduan menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan selepas kematian. Table of

Read More »
rukun dan syarat wasiat
Ilmu Pewarisan Harta

Rukun dan Syarat Wasiat

Rukun dan Syarat Wasiat Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com