Pengenalan Wasiat
Nur Ain Zafirah Akib
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Wasiat adalah dokumen penting yang mengatur pembahagian harta selepas kematian, namun ramai yang kurang memahaminya. Artikel ini akan meneroka hikmah wasiat, tatacara pembuatannya, dan rukun serta syarat wasiat.
Table of Contents
Konsep Wasiat
Apa Itu Wasiat?
Wasiat berasal dari perkataan “wassa” yang bermaksud menyambung/menyampaikan/memberikan hak pemilikan selepas kematian.
Dari segi istilah, wasiat adalah sebagai iqrar pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat kepada penerima wasiat dan pemberian tersebut disandarkan selepas kematian pemberi wasiat.
Ini bermakna, pemberian berkenaan hanya akan berkuatkuasa setelah pemberinya telah meninggal dunia
Pensyariatan dan Hukum Wasiat
Pensyariatan wasiat didasarkan kepada nas Al-Quran, As-sunnah dan Ijmak. Pada permulaan Islam, berwasiat adalah wajib kepada ibu bapa dan kaum kerabat terdekat bagi mereka yang memiliki harta yang banyak berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Rukun dan Syarat Wasiat
Terdapat 4 rukun dan syarat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan boleh diterima pakai.
- Pewasiat
- Penerima Wasiat
- Harta diwasiatkan
- Sighah
Hikmah Wasiat
Wasiat adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam, kerana ia memberikan kita peluang untuk menunaikan kewajipan yang mungkin terlupa semasa hayat.
Kadar Harta Yang Boleh Diwasiatkan
Wasiat hanya boleh menggunakan 1/3 daripada harta pusaka, maka hanya 1/3 daripada harta si mati yang boleh disalurkan kepada masjid dan lain-lain untuk tujuan amal jariah.
Kadar harta yang boleh diwasiatkan ditetapkan berdasarkan hadith daripada
Saad bin Abi Waqas, bahawa dia bertanyakan Rasulullah SAW bolehkah dia berwasiat seluruh dan separuh hartanya tetapi dilarang. Sabda Rasulullah SAW:
فَالثُّلُثُ، وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ، إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ
Maksudnya: Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun sudah banyak. Sesungguhnya, jika engkau tinggalkan waris dalam keadaan kaya atau cukup, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan manusia.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Ini bermakna, hanya 1/3 harta yang boleh diwasiatkan dan selebihnya iaitu 2/3 diberikan kepada ahli waris yang layak.
Penulisan dan Tatacara Wasiat
Wasiat Pesanan
Wasiat pesanan adalah arahan khusus yang dibuat oleh pewasiat kepada Wasi atau ahli keluarga untuk melaksanakan perkara-perkara tertentu selepas kematiannya.
Wasiat Pentadbiran
Wasiat ini merujuk kepada pewasiat yang melantik seorang pentadbir atau Wasi untuk mengurus dan mentadbir harta pusakanya selepas kematiannya.
Wasiat Pembahagian
Wasiat pembahagian merujuk kepada pewasiat yang membuat arahan mengenai bagaimana harta pusakanya hendak dibahagikan selepas kematiannya.
Perkhidmatan Wasiat
Perlu memastikan wasiat anda didokumentasikan dengan betul dan sah? Kami menyediakan perkhidmatan dokumentasi wasiat yang profesional dan terperinci. Klik butang atau isi borang dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut:
Sediakan Wasiat Anda Hari Ini !

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang
