Jenis-Jenis Wasiat
Jenis-Jenis Wasiat Terdapat beberapa jenis wasiat yang boleh ditinggalkan sebagai panduan menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan selepas kematian. Table of
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Asasnya wasiat tidak difardukan ke atas setiap orang yang berharta. Wasiat juga tidak diwajibkan ke atas ibu bapa dan kaum keluarga yang bukan waris faraid. Namun, hukum berwasiat adalah bergantung pada situasi tertentu seperti yang tertera dalam infografik.
firman Allah s.w.t:
كُتِبَ عَلَيْكُمْ اِذَا حَضَرَ اَحَدَكُمُ الْمَوْتُ اِنْ تَرَكَ خَيْرًاۖ ࣙالْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْاَقْرَبِيْنَ بِالْمَعْرُوْفِۚ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِيْنَۗ
“Maksudnya: Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah, ayat 180)
Kebanyakan para sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Saidina Ali Bin Abi Talib, Ibnu Umar dan Imam Syafie berpandangan bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan dengan turunnya ayat al-mawarith iaitu ayat 11, 12 dan 176 Surah Al-Nisa’ yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan kepada waris waris dalam pembahagian harta pusaka.
Dengan turunnya ayat-ayat tersebut, amalan berwasiat menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) kepada keluarga yang terdekat yang tidak mendapat harta pusaka dan yang bukan waris.
Pensyariatan wasiat juga diambil daripada
Surah Al-Nisa’ ayat 11 di mana Allah s.w.t berfirman:
مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ
“Maksudnya: … (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya”
(Surah Al-Nisa, ayat 11)
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith yang lain pula:
Daripada Saad bin Abi Waqas, bahawa dia bertanyakan Rasulullah SAW bolehkah dia berwasiat seluruh dan separuh hartanya tetapi dilarang. Sabda Rasulullah SAW:
فَالثُّلُثُ، وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ، إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ
Maksudnya: Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun sudah banyak. Sesungguhnya, jika engkau tinggalkan waris dalam keadaan kaya atau cukup, lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan manusia.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)
Maka, selebihnya atau 2/3 lain diberikan kepada ahli waris faraid yang layak.
Jenis-Jenis Wasiat Terdapat beberapa jenis wasiat yang boleh ditinggalkan sebagai panduan menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan selepas kematian. Table of
6 Fakta Kenapa Perlu Hibah Rumah Anda memiliki rumah? Pernah terfikir apa akan jadi jika anda meninggal dunia pada rumah
Kaedah Terbaik Persediaan Urus Harta Pusaka Hampir setiap individu yang bekerja secara formal mempunyai caruman KWSP. Oleh itu, ramai juga
Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka? Adakah anak yang membunuh ibunya disebabkan harta terhalang daripada menerima harta pusaka? Kami kupaskan
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami