Rukun dan Syarat Wasiat
Nur Ain Zafirah Akib
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Terdapat 4 rukun dan syarat wasiat yang perlu dipatuhi untuk memastikan wasiat berkenaan itu sah dan boleh diterima pakai.
Table of Contents
Rukun dan Syarat Wasiat
Pewasiat
- Telah mencapai umur lapan belas tahun;
- Sempurna akal;
- Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
- Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.
Penerima Wasiat
- Diketahui dengan jelas;
- Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
- Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.
Harta yang diwasiat
- Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
- Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
- Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
- Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
Sighah (Lafaz Wasiat)
- Lafaz wasiat boleh digunakan samaada secara jelas atau kiasan.
- Penerimaan wasiat berlaku selepas kematian pewasiat.
