Cara Isi Borang DDA
Eko Salina Kasman
Bachelor Degree in Finance, Shariah Registered Financial Planner, FPR (Securities Commission), Financial Adviser, FAR (BNM). Beliau juga merupakan perunding sepenuh masa dan penceramah bertauliah dalam bidang pewarisan harta Islam di Wasiyyah Shoppe Berhad sejak tahun 2018.
Apabila kita tidak dapat hadir ke sesi perbicaraan di Pejabat Pusaka Kecil, kita perlu isi Borang DDA. Pastikan anda fahami tujuan borang ini dan bagaimana untuk mengisinya dengan tepat agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.
Table of Contents
Pengenalan
Kenali apa itu Borang DDA dan kenapa ianya penting untuk kita kenalpasti fungsi dan cara mengisi borang tersebut agar tidak berlaku permasalahan dalam urusan pusaka kelak.
Contoh Kes
KES 1
“Puan, saya ada bahagian ke atas rumah arwah mak saya. Boleh ke ayah saya nak jual rumah ni tanpa persetujuan anak-anak dia?” Tanya Puan A kepada saya. Apabila disoal semula rupanya Puan A ada menandatangani Borang DDA.
KES 2
“Puan, 10 tahun lalu suami ada lepaskan hak harta arwah ayahnya kepada waris lain. Seingat saya, suami dah serahkan urusan pusaka kepada Abang Long dia”.
Setahun yang lepas, suami Puan N pula meninggal dunia. Belum habis penat urus harta pusaka arwah suaminya, tiba-tiba adik arwah ada bertanya tentang bahagian tanah arwah ayah mentua. Katanya, nama arwah suami ada dalam geran tersebut.
Terkejut Puan N apabila mendengar berita tersebut kerana sangkanya sudah selesai urusan pusaka arwah suaminya.
Apa Itu Borang DDA?
Borang DDA perlu diisi oleh waris yang tidak dapat hadir semasa perbicaraan di Pejabat Pusaka Kecil. Dalam borang tersebut, waris boleh memilih untuk tuntut hak melalui faraid, bersetuju secara muafakat pada pembahagian tertentu atau melepaskan hak kepada waris lain.
Namun begitu, ada waris-waris yang terlepas pandang atau tidak faham bagaimana untuk mengisi Borang DDA sepertimana yang berlaku pada kes di atas.
Puan A tidak dapat hadir bicara dan beliau sign tanpa faham isi kandungan Borang DDA yang mana dia hendak tuntut haknya.
Manakala kes kedua pula, arwah suami Puan N tidak dapat hadir semasa bicara dan berhasrat untuk melepaskan haknya kepada waris lain tetapi dalam borang DDA bahagiannya masih kekal atas nama suaminya dengan bahagian faraid.
Cara Isi Borang DDA
Pentingnya apabila hendak menandatangani sesuatu dokumen seperti borang tuntutan pusaka, kita perlu faham isi kandungan borang tersebut dan impaknya.
Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada diri sendiri dan juga waris yang akan datang.
Boleh rujuk panduan: CARA ISI BORANG DDA.
Muat Turun Borang DDA
Boleh muat turun Borang DDA disini: BORANG DDA
Rujukan
- pengurusanharta.com.my. (2022, April 18). Borang DDA: Cara Mengisi Dengan Betul. https://www.pengurusanharta.com.my/post/borangdda-caramengisidenganbetul.
- jkptg.gov.my. (2024, Ogos 23). Borang Pembahagian Pusaka Kecil. https://www.jkptg.gov.my/my/pembahagian-pusaka-kecil.

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang
