Faraid Orang Bujang
Umi Khlsom
Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Semakin hari semakin ramai individu bujang di Malaysia. Ini menimbulkan persoalan, bagaimana faraid orang bujang dilaksana? Kami kupas isu ini di bawah.
Table of Contents
Faraid Orang Bujang di Malaysia
Bilangan orang bujang di Malaysia semakin meningkat. Kita perlu mula fahami bagaimana untuk uruskan pusaka orang bujang agar segala harta yang ditinggalkan individu terbabit tidak beku dan dapat dimanfaatkan.
Contoh Kes
Sekiranya wanita bujang meninggal, bagaimana cara pembahagian faraid?
Keadaan semasa begini;
1. Ada ayah
2. Ibu telah meninggal
3. Ada ibu tiri
4. Ada abg kandung (seibu sebapa)
5. Ada kakak kandung (seibu sebapa)
6. Ada adik lelaki tiri (lain ibu)
7. Ada adik perempuan tiri (lain ibu.)
8. Ada bapa saudara – sebelah bapa.
Analisa Kes
1) Bila Bapa ada (ibu kandung tiada), maka Bapa dapat hak faraid 100%. Ibu tiri tiada bahagian faraid. Sekiranya ibu kandung masih hidup, Ibu dapat 1/3 dan bapa dapat 2/3 bahagian.
2) Jika Bapa tiada, maka adik lelaki kandung dapat 2/3 dan adik perempuan kandung dapat 1/3.
3) Bila Bapa dan Adik Lelaki Kandung tiada, maka adik perempuan kandung dapat 3/6, adik perempuan sebapa dapat 1/6 dan adik lelaki sebapa dapat 2/6.
Rujukan
Harian Metro. (2024, Jun 3). Makin Ramai Enggan Kahwin. https://www.hmetro.com.my/utama/2024/06/1096762/makin-ramai-enggan-kahwin.

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang
