“Buat apa ada harta banyak-banyak jika ianya boleh mendatangkan pergaduhan sesama waris”.
Benarkah pernyataan di atas?
Di dalam Islam meninggalkan ahli waris dalam keadaan berharta lebih baik daripada keadaan meminta-minta.
Pakar ekonomi Prof Dr Barjayai Bardai berkata, Melayu ketinggalan dari segi pendapatan, pemilikan hartanah, ekuiti, profesional (kurang 20%), selain bidang perniagaan yang menyaksikan 96% dari mereka hanya peniaga kecil. Pemikiran Melayu tidak perlu mengumpulkan harta perlu diperbetulkan kerana mengikut Islam, mencari kekayaan itu adalah ibadah dan jihad.
Jika dilihat di luar negara, 50%-70% punca kekayaan datang dari pewarisan harta secara turun temurun. Ibu dan bapa mewariskan harta mereka kepada anak-anak. Anak-anak pula mewariskan harta kepada generasi seterusnya. Generasi akan datang terus mengembangkan kekayaan mereka kepada keturunan seterusnya.
Berbeza dengan kaum Melayu, banyak harta yang beku terutama hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi tidak sampai kepada waris yang berhak. Kekurangan ilmu pewarisan harta, masalah kewangan serta pergaduhan merebut harta sesama waris menjadi punca RM70 bilion harta beku di Malaysia dan 90% daripadanya milik orang Islam.
Di Malaysia, kita dapat menyaksikan perancangan kewangan kaum Cina sudah 20 tahun ke hadapan berbanding kaum-kaum yang lain. Harta mereka terus berkembang dari satu generasi kepada generasi akan datang. Perniagaan mereka bermula kecil pada generasi yang pertama dan terus berkembang maju pada generasi seterusnya . Contoh yang kita boleh lihat seperti Boon Siew, Genting, Berjaya dan lain-lain.
Malangnya ada ahli perniagaan Melayu tidak berfikir sedemikian. Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup selepas kematian pemilik harta. Jika difikirkan semula, ahli perniagaan Melayu antara golongan yang banyak menyumbang untuk pembangunan ekonomi Islam. Mereka membayar zakat dalam jumlah yang besar serta menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Akhirnya, bagi kaum Melayu jika mereka memulakan perniagaan, perniagaan itu akan turut mati bersama pemilik harta. Perebutan saham syarikat sering terjadi kerana pemilik harta tidak membuat perancangan harta mengikut kaedah yang betul.
Akibatnya perniagaan tersebut gagal berkembang kerana konflik dalaman syarikat. Waris mereka perlu bermula dari bawah semula. Alangkah baiknya jika perniagaan itu dapat kepada waris dalam keadaan yang berkembang dan waris hanya perlu memajukan perniagaan tersebut menjadi lebih besar.
Sebarang pertanyaan berkenaan penyediaan dokumen hibah, wasiat atau perancangan harta lain boleh terus hubungi:
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta