Meskipun hari ni kita ada pelbagai aplikasi kalkulator faraid yang memudahkan untuk buat kiraan faraid, kita tetap kena fahamkan serba sedikit berkenaan pembahagian faraid. Hal ini penting supaya kiraan yang kita buat tu tepat.
Rasullulah s.a.w (maksudnya):
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.
– Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.
Faraid adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Faraid merupakan pembahagian harta pusaka yang Allah telah tetapkan sebaik sahaja si pemilik harta meninggal dunia kepada waris-waris yang layak.
Namun harta yang tertakluk kepada pembahagian secara faraid adalah hanya baki harta si mati selepas di tolak
Terdapat 25 golongan waris faraid.
Namun 5 waris utama yang tidak boleh dinafikan hak mereka adalah ibu, bapa, pasangan (suami/isteri), anak lelaki dan anak perempuan.
Untuk kefahaman yang lebih jelas, mari kita gunakan 2 aplikasi kalkulator faraid yang percuma ini.
Kalkulator ini berada dalam versi web sahaja. Klik disini untuk ke pautan kalkulator ini.
Kalkulator faraid ini pula lebih lengkap berbanding yang pertama tadi kerana anda boleh letak jumlah harta dan boleh nampak jumlah sebenar yang setiap waris bakal peroleh.
Kalkulator ini hanya tersedia dalam apps. Untuk download, sila KLIK SINI.
Selepas sudah muat turun, anda boleh tukar bahasa ke Bahasa Melayu dengan klik ‘About’ dan pilih bahasa yang dikehendaki.
Di bahagian ‘Senarai Waris’, sila isikan bilangan waris-waris yang masih hidup.
Dibahagian ‘Pokok Waris’, anda boleh lihat simulasi struktur faraid lebih jelas. Disini anda boleh buat semakan secara menyeluruh agar tiada mana-mana waris yang tertinggal.
Di bahagian ‘Jadual Pengiraan’ pula anda boleh isikan baki harta yang tinggal untuk difaraidkan.
Ingat, harta pusaka peninggalan waris perlu digunakan untuk tunaikan perkara-perkara wajib dahulu sebelum difaraidkan.
Mudahkan?
Walaupun begitu, anda kena hati-hati jika melibat waris yang sudah meninggal kerana boleh jadi anak-anak waris itu pun layak dikira sebagai waris yang sah. Ini yang kita panggil sebagai kes pusaka berlapis.
Namun, jangan risau. Jika anda perlukan bantuan daripada mereka yang pakar, anda boleh hubungi sahaja tim Puan Umi dengan klik gambar dibawah. Kami akan segera bantu anda untuk selesaikan masalah pusaka yang dihadapi.
WhatsApp kami