“Persoalan saya, boleh ke saya tuntut bahagian harta pusaka saya menurut pembahagian faraid sebabnya saya sekarang dah 25 tahun. Ibu saya rasa semua harta pusaka tu milik dia.
Ceritanya begini, arwah ayah saya meninggal dunia masa saya umur 12 tahun. Masa tu arwah ada tinggalkan sebuah rumah dan tanah kebun yang ada hasil. Ada juga simpanan di bank. Masa arwah ayah meninggal dunia, nenek saya masih hidup.
Adik beradik saya yang lain pun masa tu dah dewasa. Nenek dan adik beradik saya lepaskan bahagian mereka kepada saya. Bahagian saya, mak saya sebagai pemegang amanah. ”
Berbicara tentang masalah pembahagian harta pusaka, ramai yang fikir hanya tentang pembahagian faraid. Walhal, sebenarnya pembahagian faraid dilaksanakan selepas tertib-tertib yang lain telah diselesaikan. Oleh kerana kekurangan terhadap ilmu ini, ramai waris-waris bertelagah bahkan ada yang sanggup putus keluarga. Mungkin kita ada dalam kalangan pembaca pernah dengar tentang pertikaian akibat masalah pembahagian harta pusaka sehingga menimbulkan konflik dalam sesebuah keluarga.
Perlu difahami, dalam menguruskan harta pusaka ada beberapa tertib yang perlu dibuat sebelum pembahagian faraid diagih-agihkan kepada waris iaitu,
Bagi kes di atas, si mati ada meninggalkan anak bawah umur dan pemegang amanah bagi anak tersebut adalah isteri simati.
Bagi harta alih seperti duit, isteri boleh menggunakan pembahagian faraid anak bawah 18 tahun bagi tujuan untuk membesarkan anak dan juga pendidikan sehingga anak tersebut habis belajar.
Manakala bagi harta tak alih seperti rumah dan tanah, boleh ke pejabat pusaka kecil semula untuk ulang bicara jika anak sudah berusia 18 tahun ke atas. Selepas mendapat perintah pembahagian, bolehlah ke pejabat tanah untuk tukar nama di geran.
Hasil kebun pula, anak boleh bermuafakat dengan ibu sama ada memberikan bahagian kepada anak-anak dan manfaatkan bersama-sama. Sebaiknya pujuklah ibu dan berbincang dengan baik.
Jangan kerana harta, silaturahim sesama anak dan ibu terputus.
Rasullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim (hubungan kekeluargaan).”
Hadis Riwayat Muslim.
Allah menjanjikan ganjaran yang besar untuk orang yang sentiasa menjaga silaturahim. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang ingin rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya,wang peninggalan si mati perlulah digunakan terlebih dahulu untuk melaksanakan kewajipan bagi harta pusaka. Sebagai seorang anak, sebaiknya kita bincang baik-baik dengan ibu untuk bahagikan harta pusaka tersebut namun sebaiknya elakkan jika harta pusaka tersebut menjadi sebab terputusnya silaturahim dalam keluarga.
Akhir sekali, kami doakan semoga segala urusan kita dipermudah Allah S.W.T sama ada sebelum dan sesudah mati. Moga Allah memberikan kefahaman dalam menuntut ilmu dan semoga Allah menerima segala amal kebajikan serta memberikan ganjaran yang melimpah ruah buat kita semua.
WhatsApp kami