Tuntut Hak Faraid vs Lepas Hak Faraid
Kes 1
*****
“Puan, saya ada bahagian ke atas rumah arwah mak saya. Boleh ke ayah saya nak jual rumah ni tanpa persetujuan anak-anak dia?” Tanya Puan A kepada saya. Apabila disoal semula rupanya Puan A ada menandatangani Borang DDA.
Kes 2
*****
“Puan, 10 tahun lalu suami ada lepaskan hak harta arwah ayahnya kepada waris lain. Seingat saya, suami dah serahkan urusan pusaka kepada Abang Long dia”.
Setahun yang lepas, suami Puan N pula meninggal dunia. Belum habis penat urus harta pusaka arwah suaminya, tiba-tiba adik arwah ada bertanya tentang bahagian tanah arwah ayah mentua. Katanya, nama arwah suami ada dalam geran tersebut.
Terkejut Puan N apabila mendengar berita tersebut kerana sangkanya sudah selesai urusan pusaka arwah suaminya.
********
Apa itu Borang DDA?
Borang DDA perlu diisi oleh waris yang tidak dapat hadir semasa perbicaraan di Pejabat Pusaka Kecil. Dalam borang tersebut, waris boleh memilih untuk tuntut hak melalui faraid, bersetuju secara muafakat pada pembahagian tertentu atau melepaskan hak kepada waris lain.
Namun begitu, ada waris-waris yang terlepas pandang atau tidak faham bagaimana untuk mengisi Borang DDA sepertimana yang berlaku pada kes di atas.
Puan A tidak dapat hadir bicara dan diminta sign tanpa faham kandungan Borang DDA yang mana dia hendak tuntut haknya.
Manakala kes kedua pula, arwah suami Puan N tidak dapat hadir semasa bicara dan berhasrat untuk melepaskan haknya kepada waris lain tetapi dalam borang DDA bahagiannya masih kekal atas nama suaminya dengan bahagian faraid.
Pentingnya apabila hendak menandatangani sesuatu dokumen seperti borang tuntutan pusaka, kita perlu faham isi kandungan borang tersebut dan impaknya. Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada diri sendiri dan juga waris yang akan datang.
Borang DDA boleh download di link di bawah:
https://www.jkptg.gov.my/my/pembahagian-pusaka-kecil/file/12-borang-dda
Gambar di bawah adalah panduan mengisi Borang DDA.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
Rujukan panduan mengisi Borang DDA:
Ebook Pusaka Kecil (Ahmad Termizi Abdullah)
#hibah #wasiat #faraid #hartapusaka #borangdda
#eko
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.