PERLUKAH HARTA DIURUSKAN KETIKA HAYAT?

Aminah (nama samaran) merupakan seorang senior pegawai kanan di sebuah IPTS terkemuka. Manakala suaminya menjalankan perniagaan sendiri dan masing-masing telah pun berusia 50 tahun. Selama 25 tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan zuriat. 

Walaupun tidak mempunyai anak, mereka bahagia dengan kehidupan sekarang. Kehidupan mereka tidaklah mewah tetapi mereka bersyukur dengan apa yang ada. 

Satu-satunya harta Aminah yang bernilai tinggi adalah rumah. Apatah lagi rumah yang mereka diami sekarang adalah atas nama Aminah. Apabila mengenangkan faraid dirinya, beliau agak risau juga sekiranya dia meninggal dunia sebelum suaminya. 

Bahagian faraid adalah:

Suami: 3/6

Ayah: 2/6

Ibu: 1/6

Sekiranya ayah dan ibu meninggal dunia sebelum Aminah, adik-beradik pula mempunyai hak ke atas harta Aminah. Kita sedia maklum, harta tak alih seperti tanah dan bangunan adalah tidak mudah untuk diagihkan. 

Tambahan pula, proses menuntut harta pusaka boleh menjadi lebih rumit dan mengambil masa yang lama sekiranya tiada kemuafakatan di antara waris-waris.

Sekiranya seseorang waris inginkan keseluruhan harta tersebut diturunmilik kepadanya sahaja, waris tersebut perlu membayar gantirugi pada nilaian bahagian waris-waris yang lain.

Lebih malang lagi, rumah atau tanah tersebut perlu dijual dan hasilnya perlu diagih-agihkan mengikut bahagian faraid masing-masing.

Mengenangkan situasi ini, Aminah mula risaukan suaminya.

Yelah umur suami pun dah cecah 50 tahun. Dengan pendapatan yang tak menentu, adakah suami dia layak untuk buat pinjaman rumah? 

Atas dasar kasih sayang Aminah terhadap suami tercinta, beliau menghibahkannya 100% rumah tersebut kepada suami. Ini bagi memastikan suami ada tempat berteduh dan boleh terus tinggal di rumah tersebut walaupun selepas pemergiannya.

Ini adalah tindakan yang paling penting di dalam aspek perancangan harta kerana bagi memastikan kebajikan waris-waris terjaga dan harta yang ditinggalkan dapat dimanfaatkan. 

Harta kita adalah pinjaman daripada Allah SWT kepada kita. Harta juga adalah ujian buat kita. Walaubagaimanapun, harta yang di sedekahkan akan menjadi pembantu kita di akhirat kelak. 

Namun begitu, ramai di antara kita masih bersikap endah tidak endah tentang urusan ini kerana beranggapan waris-waris boleh bermuafakat dalam menjaga kebajikan sesama waris-waris.

Jika ini adalah benar, mengapakan harta beku di Malaysia kian meningkat sehingga melebihi RM70billion?

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374   

#hibah #wasiat #faraid #pusaka

#rancangkeranasayang 

#ijazikri

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *