Pembahagian Pusaka: Di Mana Silapnya
Senario semasa kini mendapati banyak berlakunya kegagalan dalam membangunkan dan memajukan tanah pusaka sehingga menyebabkan ahli-ahli waris tidak dapat menikmati sepenuhnya hasil dari modal seperti tanah pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
Sering kali kita melihat begitu banyak tanah-tanah pertanian yang subur tidak dibangunkan oleh waris-waris. Begitu juga tanah-tanah yang berpotensi untuk dibangunkan secara komersial, di lokasi-lokasi strategik dibiarkan usang, di mana sebahagian besarnya adalah berpunca dari masalah pembahagian pusaka yang belum selesai.
Namun, bagi kes-kes pembahagian pusaka yang telah selesai, timbul pula masalah yang di mana pembahagian tersebut telah menjadi halangan yang besar kepada ahli waris atau penerima pusaka untuk memanfaatkan tanah yang ditinggalkan oleh mereka.
Sebagai contoh, sebidang tanah pusaka di Kampung Baru Kuala Lumpur, berkeluasan 809.345 meter persegi dimiliki secara bersama oleh 141 waris, dengan bahagian terkecil adalah 7/424320 bahagian yang mewakili keluasan hanyalah 0.01335 meter persegi. Sekiranya keluasan itu dipadankan dengan nilaian semeter persegi sebanyak RM1,000, maka bahagian tersebut hanyalah bernilai RM13.35. Jadi apalah ertinya memiliki tanah pusaka tersebut?
Jadi persoalannya, di mana silapnya pada pembahagian pusaka ini?
Berdasarkan kepada pengalaman Unit Pembahagian Pusaka JKPTG, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada masyarakat Islam. Pertamanya adalah dari sudut sikap dan budaya di dalam masyarakat Melayu yang bertangguh dalam menyelesaikan masalah harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
Hasil pengalaman oleh Unit Pembahagian Pusaka, rata-rata permohonan hanya dibuat selepas 6 bulan dari tarikh kematian, malah ada yang berlanjutan sehingga bertahun-tahun. Ada yang memberi alasan urusan penyelesaian harta pusaka ini susah dan mahal, malahan ada yang menyatakan bahawa harta pusaka ini tidak akan pergi ke mana-mana walaupun lewat diselesaikan.
Oleh itu, perlunya faham bahawa adanya keperluan untuk membuat perancangan awal agar urusan pengurusan harta pusaka menjadi lebih mudah dan dapat memberikan manfaat yang maksima kepada ahli-ahli waris. Perancangan itu harus bermula dari sebelum kematian pemilik harta tersebut agar tidak timbul masalah di kalangan ahli waris.
Untuk merancang awal, sila hubungi saya di https://linktr.ee/puanumi
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#NHK
Rujukan:
1. Kertas Kerja 4: Pusaka Kecil – Penyelesaian Berkesan ke Arah Kesejahteraan Keluarga dan Masyarakat, Haji Abdullah, Seminar Penyelesaian Pusaka Kecil bagi Penghulu / Penggawa
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.