Soalan:

Puan Zahirah sedang menjalani tempoh iddah selepas bercerai dengan suami beliau. Dalam tempoh tersebut bekas suami beliau telah meninggal akibat kemalangan jalan raya.

Adakah Puan Zahirah layak mewarisi pusaka bekas suaminya?

Jawapan:

Antara sebab yang membolehkan seseorang mewarisi pusaka adalah perkahwinan yang sah di sisi syarak sama ada berlaku persetubuhan ataupun tidak. Maksudnya kalau kita meninggal dunia beberapa minit selepas akad nikah, maka pasangan yang masih hidup sudah layak mewarisi pusaka.

Berbalik kepada persoalan asal, bagaimana pula jika pasangan yang bercerai kemudian salah seorang meninggal dunia. Adakah bekas isteri atau suami layak mewarisi pusaka?

Bila sebut tentang cerai, para ulama’ sepakat jika perceraian berlaku secara talak raj’i (talak satu atau dua), suami atau isteri berhak dapat harta pusaka bekas pasangannya selagi masih berada dalam tempoh iddah.

Tetapi kes ini berbeza pula jika perceraian berlaku secara talak ba’in sughra ( seperti perceraian tebus talak/khulu’ dan fasakh) atau ba’in kubra (cerai talak tiga), dalam kes percaraian talak ba’in pasangan tidak boleh saling mewarisi meskipun berada dalam tempoh iddah.

Berdasarkan soalan sebelum ini, maka jawapan yang paling tepat adalah isteri layak mendapat pusaka tetapi perlu lihat terlebih dahulu jenis perceraian tersebut.

 

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com

#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang
#NAZA

Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *