Zaman COVID-19 banyak kematian ibu bapa berlaku secara berturutan dan meninggalkan anak-anak berumur bawah 18 tahun menjadi yatim piatu.
Antara isu yang jarang dibincangkan oleh masyarakat, sekiranya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun menerima harta pusaka berdasarkan hukum faraid, hibah atau wasiat, maka seorang penjaga harta perlu dilantik bagi memegang harta itu secara Amanah.
Persoalannya, siapakah yang layak untuk menguruskan harta anak-anak yatim ini
Mengikut undang-undang Malaysia, kuasa melantik penjaga harta ini adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui Seksyen 88 Akta Pentadbiran Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan enakmen pentadbiran keluarga Islam negeri-negeri bagi seksyen yang berkenaan.
Sungguh pun hak terhadap hadhanah atau jagaan anak mungkin terletak hak pada seseorang lain, bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu:
(a) datuk lelaki di sebelah bapa;
(b) wasi yang dilantik menurut wasiat bapa;
(c) wasi kepada wasi bapa;
(d) wasi datuk lelaki di sebelah bapa;
(e) wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa:
Dengan syarat bahawa dia adalah seorang Islam, seorang dewasa, adalah siuman, dan boleh dipercayai.
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka #pentadbir #penjagaharta #anakbawahumur
#rancangkeranasayang
#SD
Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.
WhatsApp kami