Harta pusaka besar adalah harta peninggalan simati yang nilaian keseluruhannya seperti berikut:
i. Harta-harta alih sahaja apabila nilainya lebih dari RM600,000.00.
ii. Harta-harta tak alih sahaja apabila nilainya lebih dari RM2,000,000.00.
iii. Harta-harta tak alih dan harta alih apabila jumlah keseluruhannya bernilai lebih RM2,000,000.00.
Sebelum harta pusaka simati dapat dicairkan dan dibahagikan kepada waris faraid yang berhak, harta tersebut hendaklah diuruskan terlebih dahulu.
Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Pihak Mahkamah akan mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir (Harta Tidak Wasiat) atau Geran Probet (Harta berwasiat)
Apa pula perbezaan jika simati meninggalkan wasiat pentadbiran dan TANPA wasiat pentadbiran? Boleh rujuk ilustrasi di bawah:
Berminat nak buat dokumen pelantikan wasi/ wasiat dan hibah. Terus klik link ini ⇐
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta

Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.