Terbina sebuah mahligai cinta menjadi tanda agungnya cinta kita.
Adakah aku menjadi penyejuk hati di mata suami?
Mengelamun seketika Lina di ruang jendela.
Lina (nama samaran) awal 40an, Seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau telah lama mendirikan rumahtangga bersama Zafuan lewat 40an (nama samaran).
Sehingga kini mereka belum lagi di kurniakan cahaya mata.
Zafuan seorang jurutera. Ibu dan ayah telah lama meninggal dunia. Mempunyai tujuh orang adik beradik (5 lelaki, 2 Perempuan). Semua sudah berkahwin.
Keluarga sebelah Zafuan dulu pernah mempunyai kisah perebutan harta pusaka.
Namun Lina tidak mahu memikirkannya kerana tiada kaitan dengan dirinya.
Kerisauan dia sekarang ialah kepada suaminya.
“Abang, sekiranya abang pergi dulu, Bagaimana kah dengan saya ni ye abang?”
“Semalam saya ada melihat di sosial media, kenalan ada kongsi kan tentang 12 golongan mempunyai faraid kritikal”
“Antaranya kita abang. Mereka yang tiada cahaya mata”
“Segala apa yang abang tinggalkan nanti, saya perlu berkongsi dengan adik beradik abang”
“Abang, ini lah satu-satunya rumah tempat saya berteduh bila abang telah tiada nanti”
“Kalau adik beradik abang nak kan rumah ni, macamana?”
“Abang tak kesian ke kat saya”
“Jom lah kita jumpa kawan saya yang faham tentang pewarisan ni”
“Kita dengar dulu apa yang nak disampaikan”
“Katanya, jalan yang terbaik hadiahkan (hibah) kepada isteri”
“Awak tahu tak, nak buat hibah tu kena bayar? Awak ingat percuma ke?”
Balas Zafuan dengan nada suara agak keras.
“Tak kan adik beradik saya sanggup buat macam tu”
“Awak tak boleh tuduh mereka sesuka hati”
“Mereka adik beradik saya, saya tahu lah”
“Sampai hati abang” bisik Lina.
Bukan tamak kan harta, tetapi, bagaimana aku akan menjalani kehidupan nanti, bila dia tiada di sisi buat selamanya.
Di mana nak berteduh jika rumah ini menjadi perebutan adik beradik.
Mereka ada hak atas apa yang tinggalkan.
“Tak apa lah Abang, jika itu la keputusannya, saya akur”.
Sayu hati Lina. Hanya air mata menjadi peneman, disaat bibir tidak mampu lagi berkata-kata untuk menjelaskan luka di hati.
Walaupun penuh kerisauan bukan setakat perebutan harta, kehilangan suami tercinta lebih lagi. Ajal maut tiada siapa yang tahu.
Dimanakah kasih sayang dan cinta yang dulu pernah diucapkan.
“Saya hanya bertanyakan tempat berlindung, abang terus melenting tinggi kan suara”.
“Berkira-kira tentang harga hibah”
Suara hati Lina, lesu berbicara, tajam merenung ke luar jendela di kala keheningan malam, sambil memandang sayu wajah suami yang sedang tidur.
Jika itu lah hari terakhir suami tercinta. Apakah bakal nasib dirinya nanti.
Waris faraid yang berhak selain Lina ialah kesemua adik beradik Zafuan.
Anggaran nilaian rumah adalah RM 300 ribu
Struktur Faraid Zafuan (suami):
▫️Saudara kandung lelaki 5 orang – RM 37,000 (setiap seorang = RM 185,000)
▫️Isteri 1/4 = RM 75,000
▫️Saudara kandung Perempuan 2 – orang RM (18,750 setiap seorang = RM 37,500)
Sekiranya adik beradik suami hendakkan bahagian rumah tersebut dalam bentuk tunai, di mana aku hendak cari duit sebanyak RM 222,500.
Mungkin akhirnya perlu dijual rumah tersebut. Di mana aku hendak berteduh selepas ini.
Sehingga kini, menjadi satu penantian.
Lina sudah tidak berdaya lagi memujuk, merayu dan mengharapkan belas ihsan dari suami.
Hanya mampu berdoa agar dibukakan pintu hati Zafuan untuk merancang harta (hibah) menjalankan syariatNya.
Adakah rumah yang dimiliki hasil usaha penat lelah kita, akhirnya untuk dibahagikan kepada orang lain?
Pasti jawapannya tidak kan?
Kasihanilah seorang insan yang bernama isteri. Yang banyak berkorban susah senang bersama.
Jangan memperjudikan keluarga dan waris anda. Rancang kerana sayang.
Hubungi kami sekarang untuk merancang pewarisan harta dengan lebih mudah dan cepat.
Klik di sini:
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#rancangkeranasayang
#NMR
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.
WhatsApp kami