Logo PUM – TransparentLogo PUM – TransparentLogo PUM – TransparentLogo PUM – Transparent
  • Utama
  • Profil
    • Perunding Kami
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Tuntutan Harta Pusaka
    • Hibah
    • Harta Sepencarian Dalam Pembahagian Faraid
    • Pewarisan Perniagaan
    • Pengurusan Amanah
    • Khairat Pusaka Al Wasitah
  • Peluang Kerjaya
  • Blog & Artikel
    • Pembahagian Faraid
    • Pengenalan Urus Pusaka
    • Pengenalan Hibah
    • Pengenalan Wasiat
    • Pengenalan Harta Sepencarian
    • Kajian Kes
  • Puan Umi Channel
  • Hubungi
pembahagian-faraid
SATU PER EMPAT SAHAJA
September 13, 2020
urus
ANAK ANGKAT TIADA HAK PUSAKA
September 21, 2020
September 15, 2020
Categories
  • Pengenalan Urus Pusaka
Tags
  • #kausar
  • #wasiyyahshoppe
  • duitarwah
  • faraid
  • hibah
  • Hutangsimati
  • pusaka
  • wasiat
borang DDA

DUIT PUSAKA DAN HUTANG SI MATI

Soalan:

*******

1. Sementara hendak tunggu kes pusaka selesai, boleh ke saya guna duit arwah suami untuk keperluan saya?

2. Si mati meninggalkan duit dan sebuah rumah. Walaubagaimanapun hutang si mati melebihi duit yang ditinggalkan. Apakah yang perlu saya buat? 

Jawapan:

*********

1. Isteri boleh ambil duit arwah suami tetapi hanya sekadar haknya sahaja iaitu bahagian faraid yang akan diperolehi. 

Namun begitu, jumlah wang yang telah diambil perlulah direkodkan kerana dikhuatiri terambil hak waris lain dan juga hak si mati iaitu jika ada hutang-hutang yang ditinggalkan.  

2. Hutang yang ditinggalkan perlulah dilunaskan menggunakan pusaka si mati. Pusaka ialah harta yang masih kekal nama pemilik yang telah meninggal dunia kecuali harta yang telah dihibahkan semasa hidup atau harta amanah. 

Boleh rujuk gambar di bawah untuk keterangan lanjut mengenai Pusaka.

Jika duit si mati tidak mencukupi untuk membayar hutang yang ditinggalkan tetapi si mati mempunyai sebuah rumah dan sekiranya perlu, waris hendaklah menjual rumah tersebut untuk melangsaikan hutang si mati. 

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Nabi SAW telah bersabda:

نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: “Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.”

Oleh itu, apabila ada membuat pinjaman, adalah perlu untuk menyediakan instrumen alternatif bagi melunaskan pinjaman tersebut sekiranya berlaku kematian. Sebagai contoh, menyediakan perlindungan takaful yang mencukupi untuk membiayai hutang tersebut atau menyediakan aset cair yang boleh digunakan bagi tujuan yang sama.

Selain dari itu, penting melantik wasi semasa hidup. Pastikan wasi yang dilantik seorang yang amanah dan bertanggungjawab supaya dapat membantu untuk melangsaikan hutang si mati dari harta pusaka yang ditinggalkan. 

Hendak buat dokumen pelantikan wasi atau hendak merancang pewarisan harta? Boleh terus klik link https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374   

#hibah #wasiat #faraid 

#khairatpusaka #pentadbir #wasi

#hutang

#eko

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Share
0

Related posts

faraid-calculator
May 4, 2023

2 Aplikasi Kalkulator Faraid, Analisa Siapa Waris Harta Pusaka Secara Mudah


Read more
April 12, 2023

Hati-hati Lantik Anak Sebagai Wasi atau Pentadbir Harta!


Read more
pewarisan orang yang hilang
March 31, 2023

Bagaimana pewarisan orang yang hilang (al-mafqud)?


Read more

Pautan Info


  • —  Tentang Kami
  • —  Perkhidmatan
  • —  Pertanyaan
  • —  Hubungi Kami

Alamat


Kausar Global Group Sdn Bhd 202101000063 (1400361-M)
No 211-1B, Jalan Haruan 5/6,
Pusat Komersial Oakland 2,
70300, Seremban, Negeri Sembilan
No Telefon: +6016-216 7374
Emel: customerservice@puanumi.com

Our fanpages


© 2023 Puan Umi - Hibah, Wasiat, Faraid & Pusaka. All Rights Reserved.

      WhatsApp kami